Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menzahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Perlis mufti Mohd Asri Zainul Abidin bahawa seorang peguam tidak dibenarkan membela pihak salah.
Suruhanjaya itu berkata perlembagaan menjamin hak seseorang itu diwakili peguam serta dilayan sama-rata di sisi undang-undang.
“Akses kepada keadialan adalah hak asasi manusia dan unsur penting dalam sebarang sistem undang-undang,” katanya.
Asri minggu lepas berkongsi semula artikel lamanya yang berkata bahawa berdosa bagi seorang peguam membela pihak yang salah.
“Jika dia tahu bahawa kes itu berada di pihak yang salah tetapi dia membelanya atas bayaran anak guamnya, maka itu adalah dosa dan wang guaman itu merupakan rezeki yang haram.
“Dosa wang yang diambil itu lebih buruk dari pelacur kerana dosa pelacur antara dia dengan Allah sahaja,” dia dipetik sebagai berkata.
Dalam
kenyataan malam tadi, Suhakan juga menyokong pendirian menteri
undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar bahawa peguam tidak mempunya
kuasa memutuskan siapa betul dan siapa salah kerana ia terserah kepada
hakim.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment