Israel menutup lintasan Erez Ahad lalu selepas penyerang tidak dikenali melancarkan beberapa roket dari Semenanjung Gaza ke selatan Israel. - Foto AGENSI |
GAZA: Israel hari ini memutuskan untuk membuka semula lintazan Erez di utara Semenanjung Gaza selepas mengalami kerugian ekonomi di kawasan pinggir pantai itu.
"Selepas membuat penilaian keselamatan, Israel memutuskan untuk membenarkan semula kemasukan pekerja dan pedagang dari Gaza ke Israel melalui Erez mulai Selasa," lapor Xinhua memetik kenyataan Mejar Jeneral Ghassan Alyan, penyelaras Aktiviti Kerajaan di wilayah Palestin.
"Keputusan membuka semula lintasan itu kepada golongan pedagang dan pekerja, serta langkah-langkah awam lain adalah bersyarat demi mengekalkan keselamatan dan kestabilan di rantau berkenaan," menurut kenyataan itu.
Israel menutup lintasan Erez Ahad lalu selepas penyerang tidak dikenali melancarkan beberapa roket dari Semenanjung Gaza ke selatan Israel.
Kejadian berlaku dipercayai akibat ketegangan yang memuncak di Baitulmaqdis Timur dan kempen penangkapan di Tebing Barat ketika Ramadan.
Pakar ekonomi Gaza berkata, membenarkan kemasukan di lintasan itu akan mengurangkan kemerosotan ekonomi selama lebih 15 tahun akibat sekatan Israel.
Kira-kira 12,000 pekerja dan pedagang Palestin menyeberangi Semenanjung Gaza ke Israel setiap hari, menjana pendapatan sebanyak lima juta Shekel Israel (RM6.61 juta).
Pendapatan itu yang sepatutnya masuk ke Gaza melalui pekerja bakal mengurangkan krisis ekonomi, dan sosial penduduk Palestin. - BERNAMA
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment