PUTRAJAYA: Isi rumah di Malaysia secara purata kerugian RM210 setiap bulan atau RM2,600 setahun dari segi kos pembuangan sisa makanan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Beliau berkata risiko tidak menguruskan sisa makanan melibatkan kos merawat sisa makanan yang dibelanjakan setiap isi rumah yang dijangka meningkat kepada RM160 hingga RM400 menjelang 2025, daripada RM60 hingga RM150 sekarang.
Menurutnya, setiap hari rakyat Malaysia menghasilkan sebanyak 38,000 tan sisa pepejal dan daripada jumlah itu, kira-kira 17,000 tan adalah sisa makanan dan dianggarkan 4,046 tan atau 24 peratus daripada komposisi sisa makanan itu adalah sisa makanan yang boleh dielakkan.
"Daripada jumlah sisa makanan yang boleh dielakkan iaitu 4,046 tan, jumlah ini dapat memberi makan kepada tiga juta orang sehari untuk tiga kali makan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen #JomTapau bertujuan menggalakkan masyarakat menghargai makanan dan mengelak pembaziran, di sini pada Isnin.
Menasihatkan amalan penyediaan makanan berlebih-lebihan serta pembaziran makanan perlu dielakkan supaya ia tidak berakhir di tapak pelupusan, Reezal Merican berkata trend pembuangan sisa makanan meningkat antara 15 dan 20 peratus setiap kali tiba musim perayaan.
Reezal Merican berkata sisa makanan menjejaskan alam sekitar melalui pembebasan gas karbon dioksida (CO2) dan penggunaan sumber air dengan satu tan sisa makanan menghasilkan 2.5 tan CO2.
"Jika setiap individu berjaya elakkan satu kilogram (kg) sisa makanan, sebanyak 2.5 kg CO2 kurang dibebaskan," katanya.
Manakala bagi sudut ekonomi, beliau berkata jika setiap individu berjaya mengelakkan penghasilan satu kg sisa makanan sebanyak RM11 akan dapat dijimatkan.
Mengenai kempen #JomTapau itu, Reezal Merican berkata ia merupakan salah satu pendekatan untuk menggalakkan masyarakat membungkus lebihan makanan yang masih elok untuk dibawa pulang bagi mengelakkan pembaziran.
Kempen hargai makanan telah mula diperkenalkan sejak 2015 dan tahun ini Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melaksanakan kempen itu dengan memberi fokus kepada premis makanan seperti restoran, hotel dan pusat penjaja.

-- BERNAMA
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment