PENERANGAN kepada tuntutan Allah SWT dalam menjaga keturunan dan kehidupan bermasyarakat yang sejahtera perlu diperluaskan kepada seluruh rakyat.
Sekiranya kehidupan hari ini sama seperti zaman jahiliah yang tidak dapat menerima kehadiran anak perempuan lalu membunuhnya, maka porak perandalah dalam sesebuah masyarakat.
Pada zaman jahiliah, yang dibunuh atau yang ditanam hidup-hidup adalah anak perempuan, tetapi kini yang dibunuh adalah anak lelaki dan juga anak perempuan.
Inilah golongan yang sentiasa berada dalam kerugian dan dimurkai Allah serta sesat jalan kerana tidak menyakini ketentuan Allah terhadapnya. Firman Allah SWT:
*ŁَŲÆۡ Ų®َŲ³ِŲ±َ Ł±ŁَّŲ°ِŪŁَ ŁَŲŖَŁُŁۤŲ§۟ Ų£َŁۡŁَŁٰŲÆَŁُŁ ۡ Ų³َŁَŁَۢŲ§ ŲØِŲŗَŪۡŲ±ِ Ų¹ِŁۡŁ ࣲ ŁَŲَŲ±َّŁ ُŁŲ§۟ Ł َŲ§ Ų±َŲ²َŁَŁُŁ ُ Ł±ŁŁَّŁُ Ł±ŁۡŲŖِŲ±َŲ§ۤŲ”ً Ų¹َŁَŁ Ł±ŁŁَّŁِۚ ŁَŲÆۡ Ų¶َŁُّŁŲ§۟ ŁَŁ َŲ§ ŁَŲ§ŁُŁŲ§۟ Ł ُŁۡŲŖَŲÆِŪŁَ*
Maksudnya: “Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan, lagi tidak berpengetahuan (sedang Allah yang memberi rezeki kepada sekalian makhluknya). Dan juga rugilah orang-orang yang mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka, dengan mereka itu berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka, dan tiadalah mereka mendapat petunjuk”. (Al-An’am: 140)
Terdapat kalangan manusia yang membunuh serta membuang anak-anak mereka disebabkan takut miskin dan tidak cukup untuk makan. Allah SWT memberi amaran serta mengkhabarkan kepada mereka bahawa rezeki mereka dan anak-anak mereka itu adalah di bawah kurniaan Allah SWT.
Namun, oleh kerana pergantungan hidup mereka tidak kepada Allah, tetapi mereka bergantung kepada perasaan, hawa nafsu dan ikhtiar hidup mereka sendiri, menyebabkan kehidupan mereka tidak mempunyai pertalian yang erat dengan Allah serta mereka tidak meletakkan bahawa Allah itu adalah Tuhan yang menurunkan rezeki kepada manusia. Di sinilah punca permasalahan dalam rumah tangga dan keluarga.
Bagi ibu bapa yang tidak bertanggungjawab, mereka merasakan kehadiran anak boleh memberi suatu beban masalah kepada diri mereka dan kepada kehidupan mereka, menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan membuang serta membunuh mereka.
Perlu diingat, bahawa membunuh anak semata-mata bimbangkan kefakiran ini adalah termasuk dalam dosa besar sebagaimana penegasan Rasulullah SAW melalui sebuah hadis:
Ų¹َŁْ Ų¹َŲØْŲÆِ Ų§ŁŁَّŁِ Ų±َŲ¶ِŁَ Ų§ŁŁَّŁُ Ų¹َŁْŁُ ŁَŲ§Łَ: ŁُŁْŲŖُ: ŁَŲ§ Ų±َŲ³ُŁŁَ Ų§ŁŁَّŁِ، Ų£َŁُّ Ų§ŁŲ°َّŁْŲØِ Ų£َŲ¹ْŲøَŁ ُ؟ ŁَŲ§Łَ: Ų£َŁْ ŲŖَŲ¬ْŲ¹َŁَ ŁِŁَّŁِ ŁِŲÆًّŲ§ ŁَŁُŁَ Ų®َŁَŁَŁَ. ŁُŁْŲŖُ: Ų«ُŁ َّ Ų£َŁٌّ؟ ŁَŲ§Łَ: Ų£َŁْ ŲŖَŁْŲŖُŁَ ŁَŁَŲÆَŁَ Ł ِŁْ Ų£َŲ¬ْŁِ Ų£َŁْ ŁَŲ·ْŲ¹َŁ َ Ł َŲ¹َŁَ. ŁُŁْŲŖُ: Ų«ُŁ َّ Ų£َŁٌّ؟ ŁَŲ§Łَ: Ų£َŁْ ŲŖُŲ²َŲ§ŁِŁَ ŲَŁِŁŁَŲ©َ Ų¬َŲ§Ų±ِŁَ.
Daripada Abdullah R.A dia berkata: Aku berkata: Wahai Rasullah, dosa apa yang paling besar? Baginda menjawab: Engkau menjadikan tandingan bagi Allah padahal Dia-lah yang menciptakanmu. Aku berkata: Kemudian apa? Baginda menjawab: Engkau membunuh anakmu kerana khuatir akan makan bersamamu. Aku berkata: Kemudian apa? Baginda menjawab: Engkau berzina dengan isteri tetanggamu. (Riwayat Bukhari)
Jika diamati kes membuang serta membunuh bayi pada hari ini ianya masih dalam kondisi yang membimbangkan dalam masyarakat.
Berdasarkan statistik direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat 424 kes buang bayi yang telah dicatatkan di seluruh negara untuk tempoh tahun 2018 hingga 2021.
Boleh dikatakan purata sembilan kes buang bayi dilaporkan berlaku dalam sebulan sama ada ditemukan hidup atau mati.
Kejadian ini berlaku boleh jadi banyak faktor akan tetapi yang pasti ialah hilangnya nilai iman dan keyakinan kepada Allah SWT.
Maka, sangat perlu pendidikan pemantapan akidah dan pembangunan iman dan amal diberi nafas segar sepanjang waktu disemua institusi agama termasuklah tempat kerja.
Semoga Ramadan kali ini dapat meningkatkan lagi agenda takwa serta kebergantungan hidup yang tinggi kepada Allah SWT.
USTAZ DATO’ AHMAD YAKOB
8 Ramadan 1443/10 April 2022 – HARAKAHDAILY 10/4/2022
pakaikan cawat besi pada anak pompuan, jangan tau buat je, jaga tak nak.
ReplyDelete