NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir di KL: Tiga rancangan jangka masa panjang KASA



SHAH ALAM
- Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mempunyai tiga perancangan jangka masa panjang untuk mengurangkan risiko banjir di Kuala Lumpur.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jumlah keseluruhan perancangan projek tersebut adalah sebanyak RM366 juta.

Jelas beliau, antaranya adalah Rancangan Tebatan Banjir Upper Sungai Klang sebanyak RM44 juta, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bunus sebanyak RM300 juta dan Projek Pemodelan Pengurusan Empangan Batu dengan peruntukan RM22 juta.

“Bagi perancangan jangka masa panjang untuk mengurangkan risiko banjir di Kuala Lumpur, KASA akan melaksanakan projek seperti berikut,” ciapnya di Twitter pada Selasa.

Pada Isnin, Kuala Lumpur dilanda banjir kilat selepas hujan lebat menyebabkan kesesakan trafik teruk berlaku.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Twitter memaklumkan beberapa jalan ditenggelami air, termasuk Jalan Pudu, Jalan Kuching dan Jalan Ampang.

Sumber | Sinar Harian

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                        ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo