NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

4.5 juta kenderaan di jalan raya sepanjang Aidilfitri


KOTA BHARU: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menjangka sehingga 4.7 juta kenderaan akan berada di jalan raya di seluruh negara di sepanjang perayaan Aidilfitri ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim, berkata kenderaan dijangka bergerak secara berperingkat bermula esok.

Beliau berkata, pihak polis akan membuat pemantauan untuk melancarkan perjalanan orang ramai pulang ke kampung.

"JSPT Bukit Aman menjangka antara dua hingga 4.7 juta kenderaan mula bertali arus di jalan raya dan lebuh raya bermula esok.

"Kenderaan ini dijangka bergerak secara berperingkat untuk balik ke kampung bagi meraikan Aidilfitri bersama keluarga," katanya selepas menyaksikan penyerahan tugas Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat kepada Datuk Muhamad Zaki Harun yang memangku Ketua Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Terdahulu Shafien menyerahkan buku tulisannya 'Memoir Shafien Mamat' kepada Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah.

Shafien, 60, yang bertugas sebagai pegawai kanan polis selama 38 tahun, bersara bermula 30 April ini.

Sumber | BH Online
























............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo