DUNGUN – Lebih 25 tahun menanti janji kosong pemimpin Umno setiap kali pilihan raya, akhirnya menjadi kenyataan apabila PAS memerintah.
Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun berkata, amanah rakyat memilih parti itu pada PRU lalu dilaksanakan sebaiknya.
“Kita sedar rakyat sangat memerlukan tanah ini yang merupakan tapak rumah, selagi tidak dapat hak milik tanah selagi itulah rumah yang didirikan tiada kepastian macamana, jadi kita berusaha keras, tidak duduk diam cuba mengatasi kesukaran,” jelasnya.
Cikgu Alias berkata demikian ketika berucap Majlis Penyerahan Borang 5A kepada Penerima Rancangan Tanah Berkelompok(RTB) Tapak Rumahl8 Pinang Stesen di Dewan Orang Ramai Bukit Merah di sini pada 20 April.
Didalam majlis tersebut seramai 94 orang peserta RTB tersebut telah menerima borang 5A.
Manakala Ketua Lajnah Tanah Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang, Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani berkata pihaknya sangat bersyukur kerana dapat menunaikan hasrat rakyat yang mengharap hak milik tanah yang menjadi tapak rumah mereka diami sekian lama.
“Inilah yang PAS berusaha sejak mula menjadi kerajaan pada 2018 untuk mengembalikan hak rakyat, cuma saya minta penerima-penerima borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok(RTB) Pinang Mas ini, segera membayar premium tanah dan tidak menjualnya, supaya tanah ini dapat diwarisi kepada anak-anak, ” katanya yang juga Pengerusi Aset Tanah PAS Dungun yang ditemui selepas program.
Seorang warga emas, Kamariah Dollah, 60 tanah yang asalnya diusahakan untuk bercucuk tanam itu telah dipohon hak milik, sehingga ayahnya sudah tidak berdaya lagi naik turun pejabat, dia mengambil alih tugas itu.
“Kini
ayah sudah tiada, baru diluluskan, sebelum ini, bila nak pilihan raya,
Jawatankuasa Kerja Kampung(JKK) akan edar borang tanah tapi lepas
pilihan raya senyap balik, tapi Alhamdulillah kerajaan PAS tidak mungkir
janji, baru tengok Borang 5A, air mata rasa hendak menitis doh,
“katanya yang tidak dapat menahan sebak.
Manakala Ismail Che Su, 72 menganggap berita gembira ini adalah hadiah kerajaan buat warga emas seperti untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.
” Sudahlah kita dah dua tahun tidak boleh beraya bersama anak cucu,
tahun ini dapat beraya dan tanahpun dah dapat keputusan dari kerajaan,”
katanya. - buletinonlines
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ............... |
No comments
Post a Comment