NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

U̶M̶N̶O̶ π—£π—˜π—žπ—˜π— π—•π—”π—₯ ?

U̶M̶N̶O̶ π—£π—˜π—žπ—˜π— π—•π—”π—₯

Nama UMNO sentiasa jadi bola tanggung untuk perjuangan bahasa Melayu.

Bila kita desak nama Port Dickson, Georgetown, Butterworth , Slim River dan segala projek pembangunan ditukarkan ke bahasa kebangsaan negara kita, mulalah mereka jadikan nama UMNO sebagai benteng alasan.

Kebanyakan para pentaksub parti politik lawan kepada parti itu, golongan kaduk naik junjung dan juga kacang lupakan kulit yang terhegeh-hegeh nak jadi orang putih akan beri alasan ini.

" Tukar nama UMNO tu dulu la , hipokrit !! ".

Bagi penyokong parti ini yang mempertahankan nama UMNO berbanding PEKEMBAR pula, alasan mereka jauh lebih lucu.

Antaranya ada yang cakap nama UMNO ni dah lama. Takkan nak tukar nama seakan-akan parti Muhyiddin : PPBM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Untuk pengetahuan, sebelum kita lahir lagi nama berdaftar parti itu adalah PEKEMBAR macam huruf jawi pada logo tu.

Ϊ€ - Ωƒ - Ω… - Ψ¨
PEKEMBAR : Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Cuma akronimnya dlm BI ; UMNO saja yang dikomersialkan.

Sebab itu Muhyiddin tubuh parti baru pun tak boleh pakai nama PEKEMBAR. 

Apa susah, komersialkan penggunaan PEKEMBAR pula. Kenapa perlu bawa bola tanggung ke mana2 untuk dilibas? 

Alasan lain yang pentaksub nama UMNO ni canangkan, katanya dekat Tanah Melayu ni banyak dialek bahasa Melayu.

Nanti belah utara sebut PEKEMBAQ, belah Kelantan sebut PEKEMBE, orang Melaka sebut PEKEMBAU, orang Muar sebut PEKEMBO dan sebagainya.

Bang, dalam dunia ni memang ada macam-macam loghat ikut lidah masing-masing..

Walau orang Arab sebut KUALA LUM'B'UR, orang Jepun sebut KUA'R'A 'R'UMPUR, orang utara sebut KOLA LUMPOQ, tetap saja namanya KUALA LUMPUR. 

Satu dunia sebut nama ibu kota kita dalam Bahasa Melayu ; KUALA LUMPUR.

Bahasa Inggeris tak dinafikan penting sebagai bahasa utama dunia. Tapi kita perlu tahu bahawa bahasa bahasa utama dunia berubah mengikut kuasa utama dunia. 

Rujuklah sejarah dunia. Sebab itu semua negara bangsa macam Jepun, Itali, Perancis, Korea, Sweden, Jerman dan sebagainya martabatkan bahasa sendiri. Jika ada perubahan kuasa utama dunia, bahasa utama dunia berubah, mereka tak perlu tertonggeng sama. 

Secara tak sedar, penjenamaan nama Inggeris 'UMNO' inilah antara contoh penjenamaan yang anak-anak Melayu tiru dalam penjenamaan mereka. Ini antara yang menjejaskan pembinaan jati diri mereka.

" Hidup Melayu !! ". Buat produk tudung jual sesama Melayu tapi guna nama orang putih. 

" Hidup Melayu !! " Bertanjak bagai tapi buka restoran pengunjungnya Melayu saja. Namanya guna bahasa orang Inggeris.

Perjuangan bangsa apa yang membelakangkan bahasa sendiri?

Tak ada tamadun dalam dunia yang jadi besar dengan membelakangkan bahasa sendiri.

Gunalah istilah PEKEMBAR. Penjenamaan yang memartabatkan bahasa Melayu nescaya akan memartabatkan perjuangan bangsanya.

𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔 π—π—œπ—ͺ𝗔 π—•π—”π—‘π—šπ—¦π—”

Saya bukan rakyat mana-mana parti politik. 
Saya rakyat Malaysia, bahasa kebangsaannya adalah Bahasa Melayu ; suara kepada tanah ini sejak dari zaman Inggeris, Jepun, Belanda, Portugis malah jauh sebelum itu lagi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo