NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TIDAK RASMI: BN peroleh majoriti dua pertiga

Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga, bersandarkan keputusan kiraan undi tidak rasmi. Foto NSTP


JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga, sekali gus menepati sasaran gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-15.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, ketika mengumumkan perkara itu berkata ia bersandarkan keputusan kiraan undi tidak rasmi.

"Alhamdulillah seperti nombor pendaftaran kenderaan Presiden, 38, kita menang dan peroleh majoriti dua pertiga.

"Hidup BN," katanya di ibu pejabat UMNO Johor, di sini, hari ini.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo