NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tanah runtuh: Saksi dakwa 2 kali runtuhan berlaku

Keadaan lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang, di sini. - FOTO NSTP/AIZUDDIN SAAD


KUALA LUMPUR: Saksi kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, dekat Ampang, di sini, mendakwa dua kali runtuhan tanah berlaku disertai hujan gerimis ketika kejadian membabitkan 15 kediaman dan 10 kereta itu petang tadi.

Azril Sham Mohamed, 50, berkata ketika kejadian beliau baru sahaja pulang dari tempat kerja di Bangi, dekat sini sebelum dikejutkan dentuman kuat berpunca daripada tanah runtuh itu.


"Apabila saya sampai di rumah sekitar 6 petang tadi, saya mendengar bunyi dentuman kuat dan melihat tanah runtuh berhampiran kawasan rumah saya.

"Saya segera memanggil isteri dan anak untuk diselamatkan dan bawa mereka ke tempat selamat," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam ini.

Azril berkata, beliau menetap di kawasan perumahan itu selama 13 tahun dan bencana itu pertama kali berlaku.

Dalam kejadian itu, tiga mangsa dikhuatiri masih tertimbus, manakala dua lagi sudah ditemui.

Mangsa pertama berjaya dikeluarkan jam 6.54 petang tadi dengan hanya mengalami cedera ringan.

Mangsa kedua yang juga isteri kepada mangsa pertama ditemui jam 7.53 malam dan berjaya dikeluarkan jam 9.10 malam, namun disahkan meninggal dunia.

Pasukan penyelamat kini berusah mengesan baki tiga lagi mangsa yang dikhuatiri masih tertimbus membabitkan dua penduduk perumahan itu dan seorang pekerja kontraktor syarikat penyelenggaraan Air Selangor.

Sumber | BH Online


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo