Starbucks Malaysia kini mengumumkan ciri Mobile Order & Pay kini tersedia di 110 cawangan Starbucks di Malaysia.
Melalui ciri ini, pengguna boleh melakukan tempahan minimum Starbucks terus melalui aplikasi mudah-alih, dan seterusnya singgah serta ambil minuman berkenaan tanpa tunggu untuk tempoh masa yang lama.
Ini sekaligus akan menjimatkan masa anda darii segi perlu beratur tunggu ke kaunter, dan menantikan air disiapkan untuk anda.
Untuk menggunakannya, anda hanya perlu mengakses aplikasi Starbucks di Android atau iPhone, dan seterusnya tap pada menu “Order”. Kemudian, ada boleh memilih lokasi Starbucks yang anda ingin singgah dan ambil minuman, dan memilih air yang anda ingin tempah.
Anda boleh melakukan pembayaran terus melalui kredit Starbucks anda.
Dengan langkah ini, anda boleh mengurangkan pembaziran masa, dan merancang hari anda dengan lebih baik lagi.
Sumber | Amanz
No comments
Post a Comment