NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Skuad tinju negara berguru sebulan di Kazakhstan

Skuad tinju negara akan berkampung selama sebulan di Kazakhstan sebagai persiapan bagi menghadapi Sukan SEA Hanoi di Vietnam pada 12 hingga 23 Mei ini.

KUALA LUMPUR: Skuad tinju negara akan berkampung selama sebulan di Kazakhstan sebagai persiapan bagi menghadapi Sukan SEA Hanoi di Vietnam, pada Mei ini.

Presiden Persekutuan Tinju Malaysia (PTM), Datuk Mohamad Iruan Zulkefli berkata sebelum ke Kazakhstan, enam petinju negara yang disenaraikan bagi membawa cabaran di Vietnam akan terlebih dahulu menyertai satu kejohanan di Phuket, Thailand bermula 1 hingga 10 Apri ini.

"Sebaik tamat kejohanan di Phuket, mereka semua akan diterbangkan terus ke Kazakhstan bagi menjalani latihan di sana dan menyertai beberapa kejohanan sebagai persiapan sebelum beraksi di Sukan SEA.

"Mereka semua akan berada di sana sehingga Mei dan akan diterbangkan terus ke Vietnam dari Kazakhstan," katanya.

Pada edisi kali ini, skuad negara menyenaraikan enam petinju diketuai Khir Akyazlan Azmi yang akan beraksi dalam kategori 81 kilogram (kg), Mohd Aswan Che Azmi (69kg), Mohd Rasdenal Haikal Mohd Fadzil (52kg), Halim Izani Sulaiman (69kg), Muhamad Firdaus Kamarulzaman (75kg) dan Mohammad Akram Rasit (63kg).

Mohamad Iruan berkata untuk temasya kali ini, PTM meletakkan sasaran untuk membawa pulang satu emas, satu perak dan dua gangsa.

"Pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, kita meraih satu emas, satu perak dan satu gangsa manakala pada 2019 di Manila, kita meraih tiga gangsa. Jadi, di Vietnam kami berharap sekurang-kurangnya dapat membawa pulang satu emas, satu perak dan dua gangsa.

"Berdasarkan pengalaman dalam dua Sukan SEA sebelum ini iaitu di Kuala Lumpur dan Manila, jurang antara petinju kita dengan pemenang emas dan yang memasuki final tidaklah jauh. Mungkin, waktu kita kurang dari aspek strategi dan persiapan.

"Namun, berdasarkan semangat petinju kita kali ini, saya percaya kita boleh meraih pencapaian yang lebih baik," katanya.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo