KUALA LUMPUR: Shell Malaysia meraih satu lagi kejayaan dalam hala tujunya untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam operasi mobilitinya menerusi pemasangan panel solar di 216 stesen runcitnya.
Pemasangan panel solar itu adalah sebahagian daripada usaha Shell Malaysia untuk mengguna pakai gabungan langkah bagi meningkatkan kecekapan tenaga serta mengurangkan jejak karbon.
Shell Malaysia sedang bekerjasama dengan Cleantech Solar untuk memasang panel solar di stesen runcit kami di Malaysia.
Setakat ini, sebanyak 22,505 panel solar Photovoltaic (PV) dengan jumlah kapasiti keseluruhan 10.12 megawatt (MWp) sudah dipasang di atas bumbung di 216 stesen, iaitu sebahagian daripada komitmen syarikat menjalankan operasi yang selamat, cekap, bertanggungjawab dan menguntungkan perniagaan.
Sebagai contoh, bilangan panel solar semasa di stesennya boleh menjana 12,939 MWj tenaga elektrik, cukup untuk kuasa kira-kira 3,740 isi rumah dalam setahun.
Pengurus Besar Mobility Shell, Seow Lee Ming di atas bumbung stesen runcit Shell yang dipasang panel solar - Foto ihsan Shell Malaysia |
Pengurus Besar Mobility Shell, Seow Lee Ming, berkata pemasangan panel solar di stesen runcit membantu menambah dan mengurangkan kebergantungan pada utiliti tempatan, sekali gus menyaksikan penjimatan elektrik meningkat untuk stesen dalam jangka masa panjang.
"Di Shell, kami menyasarkan untuk membuat peralihan ke arah masa depan rendah karbon untuk operasi, selain kami akan sentiasa meneroka inisiatif yang membolehkan kami menyediakan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan lestari untuk pelanggan.
"Kami sudah memasang panel solar di 216 stesen dan akan bertambah kepada sekitar 350 stesen menjelang akhir tahun ini," katanya.
Pada 2019, stesen Shell Damansara Jaya dan Shell Taman Connaught menjadi dua premis runcit pertama di Malaysia menerima Persijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI).
Shell juga menjadi syarikat pertama di rantau Asia Pasifik yang menerima persijilan GBI.
Syarikat itu kini menerima persijilan GBI bagi lima stesennya di Malaysia, iaitu Shell Taman Connaught, Shell Damansara Jaya, Shell Mint Hotel, Shell Hentian Sebelah Tangkak dan Shell Alor Pongsu.
Sumber | BH Online
No comments
Post a Comment