Serangan menyasarkan pasukan keselamatan Israel perkara biasa di Kota Lama dan Tebing Barat diduduki (Foto hiasan) |
BAITULMAQDIS: Pihak berkuasa Israel menembak mati seorang remaja Palestin yang menikam seorang pegawai polis Israel di Kota Lama Baitulmaqdis pada pagi Ahad.
Polis Israel dalam kenyataan memaklumkan, remaja berusia 19 tahun itu terlebih dahulu mendekati beberapa pegawai yang ditugaskan di Pintu Bab Huta di Kota Lama Baitulmaqdis, sebelum mengeluarkan pisau dan menikam mereka.
Kenyataan sama melaporkan, remaja terbabit kemudian ditembak sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.
Seorang lagi pegawai polis turut cedera dalam kejadian itu dan kedua-dua mereka dibawa untuk mendapatkan rawatan perubatan," kata kenyataan itu mengesahkan remaja terbabit dikenal pasti menetap di timur Baitulmaqdis.
Kota Lama terletak di bahagian timur Baitulmaqdis yang didakwa rakyat Palestin sebagai ibu kota negara masa depan mereka
Serangan individu menggunakan pisau menyasarkan pasukan keselamatan Israel adalah perkara biasa di Kota Lama dan Tebing Barat yang diduduki.
Pintu Bab Huta laluan menuju Masjidil Aqsa, tapak ketiga paling suci Islam, di mana keganasan meletup Mei lalu selepas polis Israel menyerbu kawasan itu sebagai tindak balas kepada jemaah yang membaling batu dan bahan letupan
Sumber AFP | BH Online
No comments
Post a Comment