Kerajaan kini memberikan gambaran yang mana program e-Pemula akan dilaksanakan tidak lama lagi – berkemungkinan seawal bulan ini atau hadapan.
Program e-Pemula merupakan inisiatif yang diumumkan pada Belanjawan 2022 lepas, dimana kerajaan peruntukkan sebanyak RM300 juta dibawah program ini.
Melaluinya, kerajaan akan berikan kredit sebanyak RM150 kepada 2 juta belia, melalui dompet digital. Program ini menyasarkan belia berumur antara 18 ke 20 tahun, dan pelajar yang mengikuti pembelajaran sepenuh masa di IPT.
Kerajaan dijangka berkongsi lanjut berkenaan program ini dalam masa terdekat.
Sumber | Amanz
No comments
Post a Comment