"Saya mendapat berita sedih mengenai kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang, Selangor yang mengakibatkan empat mangsa dipercayai tertimbus.
"Kejadian itu juga mengakibatkan 15 rumah dan 10 kenderaan (terjejas).
"Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang melakukan kerja-kerja menyelamat dan berusaha mengeluarkan semua mangsa yang tertimbus.
"Sama-sama kita berdoa semoga mangsa-mangsa yang masih dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan selamat," katanya menerusi Twitter, hari ini.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi Twitter turut mendoakan keselamatan mangsa yang tertimbus dalam kejadian berkenaan.
Selain bomba, katanya, pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) turut dikerah untuk bersama-sama membantu dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus.
"Menerima maklumat kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang. Berdasarkan maklumat awal, empat orang mangsa terperangkap manakala 15 rumah dan 10 kenderaan terjejas.
"Pihak MPAJ sedang membantu pasukan bomba bagi kerja menyelamat. Kita berdoa agar semua mangsa selamat," katanya.
Terdahulu, BH melaporkan dua kediaman tertimbus sepenuhnya dalam kejadian itu dan saksi memaklumkan empat mangsa dipercayai tertimbus.
BH turut melaporkan seorang penduduk di rumah teres yang tertimbus akibat kejadian tanah runtuh itu selamat dikeluarkan sekitar jam 6.45 petang tadi.
Sumber | BH Online
No comments
Post a Comment