NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penjual kuih didakwa rogol budak


KUALA PILAH: Seorang penjual kuih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun pada tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Muhamad Saimee Md Said, 25, dari Bahau, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa di tapak pembinaan di Rembang Panas, Kuala Pilah pada jam 3.51 petang, 4 Disember tahun lalu yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum hingga 20 tahun dan sebatan.

Norma kemudian membenarkan jaminan RM6,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan tidak boleh mendekati mangsa serta saksi pendakwaan dan menetapkan 23 Mei ini bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo