Kerap kali karya seni yang dimuat naik ke Instagram memerlukan kerjasama lebih dari satu pengkarya. Yang memuat naik bukan satu-satunya insan yang bertanggungjawab menghasilkannya. Instagram hari ini mengemaskini ciri Tag pada aplikasi bagi memudahkan proses memberikan penghargaan kepada pengkarya yang terlibat.
Menerusi ciri ini setiap insan yang di-tag boleh dipadankan dengan tugas yang mereka lakukan seperti jurusolek, jurugambar, pereka fesyen, jurugaya, penulis lagu, model, artis dan banyak lagi. Dengan ciri ini individu yang terlibat akhirnya akan dapat diberikan penghargaan yang sepatutnya bagi memudahkan mereka untuk mendapat kerja dengan pengkarya lain. Selama ini pemilik akaun perlu menaip sendiri setiap tugas yang dilakukan secara manual pada kapsyen gambar.
Sumber | Amanz
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment