NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengguna Android kini boleh padam sejarah carian 15 minit terakhir


Pada acara Google I/O tahun 2021, Google meneruskan usaha mereka untuk menjaga privasi dan sekuriti pengguna. Antara yang diperkenalkan adalah kemampuan memadam sejarah carian untuk 15 minit terakhir pada peranti pengguna, lebih-lebih melalui aplikasi Google dan lain-lain dengan akaun Google.

Dua bulan selepas pengumuman ini, Google mengedarkan ciri ini kepada pengguna iPhone terlebih dahulu. Kini sudah hampir tamat suku pertama 2022, Google akhirnya mengedarkan ciri ini kepada pengguna Android.

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi Google ke versi terkini. Tekan sahaja gambar profil dan akan terpapar Delete last 15 minutes. Selepas tekan semua sejarah carian pada semua peranti dengan akaun sama akan dipadam.

Jika anda rasa malas, Google turut menawarkan ciri memadam secara automatik setiap 3, 18 atau 36 bulan.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo