Kau Pergi Juga Akhir nya.
Aku tak rasa
Nak menangis pun
Bila kau pergi
Aku pun
Tak nak pujuk kau lagi
Biarlah kau pergi
Kerana
Berbagai nasihat diberi
Berbagai pesanan
Telah disebut
Tapi
Teramat malang
Kau tak nak dengar
Tapi
Teramat malang
Kau buat pekak saja
Kau dah dididik
Kau dah diasuh
Kau dah di Tarbiah
Tapi
Sayang
Penglihatan kau buta
Walaupun
Mata kau tak buta
Tapi
Sayang
Kau pekak
Walaupun telinga kau
Mendengar.
Jalan kebenaran
Sudah diberi
Kau pun
Telah terima
Tapi
Sayang
Kepalsuan dunia
Menjadi kau tersilau
Dik
Wangian yang ditutup
Dengan kepalsuan.
Moga
Kau mengerti
Bicara ku ini
Pergilah
Mana kau suka
Ku
Tak ingin
Bertanya lagi
Ust Md Ali Jamil
Rabu 3.15 ptg
13 Sya'ban 1443
16 Mac 2022
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment