Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia hari ini berkongsi lanjut berkenaan dengan penggunaan aplikasi MySejahtera. Salah satu perkara yang disentuh adalah termasuk berkenaan dengan pengurusan data.
Menurut beliau, data-data daftar masuk lokasi yang dikumpulkan melalui aplikasi MySejahtera dipadam selepas 90 hari. Disamping itu, sekiranya pengguna memilih untuk memadam profil MySejahtera, ia juga akan dipadamkan terus dari pelayan.
Seperti ramai sedia maklum, MySejahtera digunakan untuk pemantauan kontak rapat – dan pengguna perlu mengimbas kod QR MySejahtera apabila memasuki ke sesuatu premis. Data daftar masuk lokasi berkenaan disimpan untuk rujukan pengesanan kontak, dan dipadam sepenuhnya selepas tempoh 90 hari.
Pada masa yang sama, beliau turut menekankan yang mana data untuk aplikasi MySejahtera disimpan pada pelayan yang terletak di dalam negara.
Sumber | Amanz
No comments
Post a Comment