NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MRT Corp nafi bunyi bising daripada tren MRT Laluan Kajang


KUALA LUMPUR: Bunyi tren Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Kajang yang beroperasi berhampiran Pinggir Zaaba dekat Taman Tun Dr Ismail, mematuhi tahap bunyi dibenarkan pihak berkuasa.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam kenyataan bagi menjelaskan perkara itu berkata, ia berdasarkan pemeriksaan dilakukan pasukan daripada MRT Corp yang ditugaskan ke tapak berkenaan hari ini.

"Hasil pemeriksaan tapak itu menunjukkan tren MRT Laluan Kajang yang berjalan di sepanjang laluan bertingkat di lokasi itu mematuhi tahap bunyi dibenarkan pihak berkuasa.

"Bagaimanapun, pasukan itu juga mendapati bunyi keadaan persekitaran di lokasi berkenaan berada pada tahap lebih tinggi," kata syarikat itu.

Penjelasan itu merujuk kepada laporan berita isu bunyi bising dihadapi penduduk Taman Tun Dr Ismail.

Memetik laporan akhbar berbahasa Inggeris, terdapat aduan daripada penduduk di kawasan itu yang mendakwa kehidupan mereka terjejas dari segi fizikal dan emosi kerana bunyi bising.

Penduduk di situ mendakwa dua punca bunyi bising iaitu trafik daripada Lebuhraya Damansara-Puchong terletak berhampiran Pinggir Zaaba dan bunyi tren MRT yang melalui kawasan itu.

Meskipun lebuh raya itu dipasang dinding penghalang, penduduk berkenaan mendakwa masih kedengaran bunyi bising dari kediaman mereka.

Sebagai pemilik aset MRT Laluan Kajang, MRT Corp akan terus bekerjasama dengan operator untuk memastikan tren dan landasan laluan itu diselenggara dengan baik.

Menurut MRT Corp, pihaknya juga akan memberikan kerjasama penuh kepada semua pihak berkuasa bagi mencari penyelesaian kepada isu bunyi dihadapi penduduk di situ.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo