Kerajaan Rusia kini telah mengharamkan aplikasi Instagram – sekaligus membuatkan pengguna di negara berkenaan tidak lagi boleh mengakses perkhidmatan berkenaan di negara tersebut.
Langkah ini dilakukan oleh Rusia, selepas Meta mengatakan pada minggu lepas, mereka akan benarkan perkongsian media sosial di Ukraine yang berbentuk serangan terhadap Rusia. Ini sekaligus membuatkan Meta dilabelkan sebagai “organisasi ekstrimis” di Rusia.
Buat masa ini, perkhidmatan WhatsApp masih dibenarkan di Rusia – kerana ia dilabelkan sebagai untuk kegunaan komunikasi, dan bukannya media sosial.
Sumber | Amanz
No comments
Post a Comment