Gambar hiasan. - Foto REUTERS |
TUNIS: Sekurang-kurangnya 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) mati lemas selepas kapal mereka karam di perairan Tunisia ketika cuba menyeberangi lautan Mediterranean untuk menyeludup masuk ke Itali semalam.
Seorang pegawai perlindungan awam berkata, 12 mayat yang ditemui di pesisir luar pantai Nabeul kebanyakannya adalah pendatang dari Syria dan pencarian masih lagi dijalankan.
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, ramai mangsa yang lemas ditemui terdampar di pantai Tunisia, dengan peningkatan kekerapan percubaan menyeberang ke Eropah dari Tunisia dan Libya menuju ke Itali.
Ratusan ribu orang sudah menyeberangi Laut Mediterranean yang berbahaya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan mereka melarikan diri dari konflik dan kemiskinan di Afrika serta Timur Tengah.
Itali adalah antara laluan pendatang utama ke Eropah yang semakin kurang digunakan sejak beberapa tahun lalu tetapi kembali meningkat sejak 2021. - REUTERS
No comments
Post a Comment