NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kadar kemasukan ICU, kematian pesakit terima dos penggalak amat rendah

Seramai 14,660,956 individu sudah menerima dos penggalak atau 62.3 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa negara ini.

PUTRAJAYA: Kadar kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), penggunaan alat bantuan pernafasan serta kematian akibat jangkitan membabitkan pesakit COVID-19 yang sudah menerima dos penggalak amat rendah berbanding individu yang langsung tidak mengambil vaksin atau tiada dos penggalak.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia sekali gus menunjukkan pemberian dos penggalak mampu memberikan perlindungan dan 'menambah' imuniti COVID-19 bagi mengelakkan individu mendapat gejala serius ketika dijangkiti virus berkenaan.

Katanya, perlindungan daripada gejala serius itu dapat diberikan terutamanya kepada mereka yang berisiko tinggi seperti warga emas dan komorbid.

"Walaupun varian Omicron sekarang ini dikatakan tidak serius berbanding Delta, ia tetap serius dan bahaya kepada golongan warga emas dan golongan berisiko tinggi yang tidak menerima dos penggalak," katanya dalam video dikongsikan di Twitter hari ini.

Menerusi medium sama, Khairy turut berkongsi penjelasan Pakar Perubatan Dalaman dan Getiatrik, Dr Cheah Wee Koi, yang memaklumkan bahawa warga emas adalah golongan paling berisiko dari segi kemasukan ke hospital dan kematian sekiranya dijangkiti COVID-19.

"Jangkitan itu juga akan meningkatkan risiko morbiditi...apa yang kita maksudkan ialah keadaan kesihatan warga emas selepas dijangkiti COVID-19 itu banyak bergantung kepada orang lain, iaitu dari segi penjagaan harian walaupun individu itu sudah sembuh daripada virus berkenaan.

"(Dengan pemberian dos penggalak), landskap kesihatan warga emas yang dijangkiti COVID-19 banyak berubah iaitu lebih ramai daripada golongan ini dapat kekal kuarantin di rumah dan lebih ramai warga emas yang dapat sembuh daripada jangkitan berkenaan," katanya.

Dr Cheah juga berkata, apa yang dibimbangkan kini adalah warga emas yang masih tidak mahu mendapatkan dos penggalak kerana keberkesanan pelalian itu akan berkurangan.

"Kita perlukan dos penggalak untuk kekalkan perlindungan...dari segi keselamatan vaksin, ia sangat selamat untuk golongan ini," katanya.

Sehingga semalam, sebanyak 14,660,956 individu sudah menerima dos penggalak atau 62.3 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa di negara ini.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo