NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

JKN rampas produk kesihatan tidak berdaftar, beracun

Gambar Hiasan

ALOR SETAR: Sebanyak 10,122 botol pelbagai jenis produk farmaseutikal tidak berdaftar dan 882 kotak produk kosmetik yang tidak mempunyai notifikasi dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dirampas dalam serbuan di tiga premis di Kulim, kelmarin.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Othman Warijo, berkata Ops Putra membabitkan 11 pegawai dan anggota Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) itu turut merampas sebanyak 4,779 botol produk yang dicemari racun berjadual dan satu peranti digital.

Katanya, hasil rampasan di dua stor haram dan satu premis perniagaan itu dianggarkan bernilai RM342,200.

"Siasatan awal mendapati produk tidak berdaftar itu dijual secara berleluasa secara dalam talian di platform e-dagang Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Othman berkata, siasatan lanjut akan dijalankan bawah Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952.

Katanya, jika disabitkan kesalahan bawah Akta Racun 1952, mereka boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Sementara jika kesalahan disabitkan bawah Akta Jualan Dadah 1952, mereka yang terbabit boleh didenda tidak lebih RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Sementara itu, Dr Othman menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika membeli produk kesihatan dan kosmetik yang dijual secara dalam talian.

Katanya, pengguna perlu memastikan produk kesihatan dan kosmetik yang dibeli mempunyai pelekat keselamatan hologram dan nombor pendaftaran produk (MAL).

"Orang ramai boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk dan notifikasi kosmetik dengan melayari www.npra.gov.my atau hubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.

"Selain itu, orang ramai boleh memuat turun aplikasi NPRA Product Status pada telefon pintar bagi membuat semakan," katanya.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo