NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hou Yean tampilkan prestasi cemerlang, tambah dua lagi emas renang Terbuka Malaysia

Perenang muda negara, Khiew Hou Yean.

KUALA LUMPUR: Perenang muda negara, Khiew Hou Yean terus menampilkan prestasi cemerlang apabila hari ini menambah dua lagi kilauan pingat emas pada hari keempat Kejohanan Terbuka Malaysia ke-64.

Hou Yean, 19, memulakan saingan di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil dengan meraih emas bagi acara 200meter (m) gaya bebas lelaki dengan catatan masa 1 minit 48.77 saat (s).

Dia mewakili Kuala Lumpur dalam acara itu menewaskan Olimpian negara, Welson Sim dari Sarawak yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak menerusi masa 1:50.07s.

Pingat perak diraih Arvin Shaun Singh Chahal yang mewakili Terengganu dengan mencatat masa 1:52:14s.

Sementara itu, Hou Yean dan Welson layak ke Sukan SEA Hanoi bagi Kategori B selepas mencatatkan masa di bawah 1:52:01s ditetapkan Persatuan Renang Malaysia (MS).

Hou Yean terus membuktikan keunggulannya apabila berjaya membantu kuartet 4x100 gaya bebas lelaki Kuala Lumpur bersama Khiew Tze Yean, Gabriel Francis McCartan serta Yap Min Shun merangkul emas dengan merekodkan masa 3:30:16s.

Pingat perak dimenangi wakil Sarawak yang menyaksikan gandingan Welson Sim, Hii Puong Hou, Job Tan Xi Jay dan Hii Puong Wei dengan catatan 3:31:05s.

Sementara gangsa diraih wakil Selangor; Ng Tze Xiang, Chan Jun Jian, Adam Jeffrey Dillon Terence Ng dengan masa 3:34:42s.

"Dua emas lagi diperoleh hari ini namun yang penting saya turut berjaya memperbaiki catatan masa terbaik saya bagi acara 200m gaya bebas.

"Dalam acara ini saya tidak berapa memikirkan tentang kelayakan ke Sukan SEA namun saya sudah buat yang terbaik sebentar tadi dan akan fokus kepada baki acara esok," kata Hou Yean kepada Bernama.

Pada hari pertama kejohanan Khamis lepas, Hou Yean berjaya merangkul dua emas dalam acara 400m gaya bebas lelaki dan 4x100 rampaian berganti-ganti bersama Khiew Tze Yean, Jayden Tan Khai Xin serta Yap Min Shun sebelum meraih satu lagi emas pada hari kedua semalam bagi acara 100m gaya bebas lelaki

Sumber : Bernama | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo