Dinamakan sebagai GSC Now, pihak GSC mengatakan ia bakal membolehkan pengguna strim kandungan kegemaran melalui peranti pintar kegemaran mereka.
Buat masa ini, pihak GSC telah menambah tab khusus pada aplikasi mudah-alih mereka, selain menyediakan laman sehenti pada web mereka. Info penuh masih tidak dikongsikan lagi. Namun, semakan pada GetPlay – rakan kerjasama GSC Now, ia memberikan gambaran kasar bagaimana ia berfungsi.
Melalui aplikasi GetPlay – ia turut menyediakan tab khas dinamakan GSC Now, dengan paparan beberapa filem popular, seperti Kungfu Yoga, CZ12, The Last Witch Hunter dan sebagainya.
Ia menggunakan konsep “tiket” untuk membolehkan anda strim sesuatu filem. Anda boleh membeli 10 tiket pada harga RM5, dan menggunakan tiket berkenaan untuk menonton filem. Sebagai contoh, untuk menonton “The Last Witch Hunter”, anda perlukan dua tiket.
Aplikasi GetPlay juga dilihat memberikan sejumlah kandungan lain yang boleh ditonton percuma melalui aplikasi berkenaan.
Buat masa ini, pihak GSC tidak menyatakan lagi bilakah pelancaran rasmi GSC Now akan dilakukan. Sama-sama kita nantikan bilakah pihak GSC akan melancarkan perkhidmatan penstriman mereka secara rasminya.
Sumber | Amanz
No comments
Post a Comment