NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

GRS: BN Sabah mahu rundingan

Yakub ketika sidang akhbar selepas melancarkan Digital Internet Kebendaan (IoT) Sandbox di SICC, Kota Kinabalu pada Selasa.

KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) Sabah kekal dengan pendirian sebarang keputusan melibatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu melalui mesyuarat.


Timbalan Pengerusi BN Sabah, Datuk Yakub Khan berkata, perbincangan juga akan dilakukan jika berkaitan penerimaan parti baharu dalam gabungan itu.

"Biarlah pemimpin parti utama berbincang sama ada menerima atau tidak, terpulang dalam mesyuarat," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas melancarkan Digital Internet Kebendaan (IoT) Sandbox di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian BN Sabah berhubung hasrat parti baharu, Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang dipimpin bekas Naib Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Peter Anthony yang mahu menyertai GRS baru-baru ini.

Peter yang sebelum ini keluar daripada Warisan mengumumkan bahawa KDM telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada bulan lalu.

Hasrat Peter yang juga protem presiden parti itu mendapat maklum balas pelbagai pihak terutama parti dalam GRS itu sendiri.

Sementara itu, bercakap mengenai program, Yakub yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, Sandbox merupakan yang pertama di Sabah dan kelapan di negara ini.

"Kita akan menempatkan Sandbox di tingkat 12 bangunan Wisma Bandaraya sebagai pusat inovasi rakyat.

"Ia dijadikan sebagai pusat pengumpulan pakar atau umpama makmal kepada pemain industri teknologi.Kita harap ia dapat membantu memacu teknologi di Sabah ke satu tahap yang kita harapkan," katanya.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Zainal Abidin Abu Hassan; Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Ruddy Awah dan Rektor UiTM Cawangan Sabah, Prof Madya Datuk Dr Abdul Kadir Rosline.

Sumber | Sinar Harian




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo