NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

China nafi minta Russia tangguh pencerobohan sehingga selepas Olimpik

Jurucakap kementerian luar, Wang Wenbin.

BEIJING: China hari ini menafikan laporan ia meminta Russia menangguhkan pencerobohannya ke atas Ukraine sehingga selepas Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.

Penafian itu dibuat ketika penelitian antarabangsa semakin meningkat mengenai hubungan yang semakin hangat antara kedua-dua kuasa itu.

Beijing telah mengambil tindakan berhati-hati terhadap tindakan sekutu rapatnya dan Presiden Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Russia bulan lalu di mana kedua-duanya bersetuju untuk perkongsian 'tanpa had'.

Sejak itu, Beijing tidak mengutuk pencerobohan ke atas Ukraine tetapi telah menghentikan sokongan secara langsung.

The New York Times semalam melaporkan bahawa pegawai China telah memberitahu pegawai kanan Russia supaya tidak menyerang Ukraine sebelum berakhirnya Sukan Olimpik Musim Sejuk, memetik pegawai kanan dalam pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden serta seorang pegawai Eropah.

Laporan itu menyatakan Beijing mempunyai sedikit maklumat langsung mengenai rancangan atau niat perang Russia sebelum pencerobohan bermula minggu lalu, empat hari selepas upacara penutupan Sukan Olimpik.

Ketika ditanya pada taklimat akhbar hari ini, Beijing menolak laporan itu.

"Laporan New York Times adalah sepenuhnya berita palsu. Laporan berita yang memesongkan dan dan mengalihkan kesalahan seperti ini benar-benar keji," kata jurucakap kementerian luar, Wang Wenbin.

Beberapa minggu sebelum pencerobohan 24 Februari, media negara China berulang kali menolak amaran Barat sebagai gembar-gembur AS dan tidak memindahkan rakyatnya dari Ukraine.

Presiden Russia, Vladimir Putin adalah pemimpin dunia pertama yang bertemu Jinping dalam tempoh hampir dua tahun dan menjadi tetamu kehormat pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk baru-baru ini.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menerima pakai resolusi yang mengecam pencerobohan Moscow, yang menuntut Russia 'segera' berundur dari Ukraine.

China adalah antara 35 negara yang berkecuali, manakala hanya lima - Eritrea, Korea Utara, Syria, Belarus dan Russia - mengundi menentangnya.

Perang itu telah menyebabkan lebih sejuta orang meninggalkan Ukraine, menurut PBB. - AFP




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo