NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BERITA TERKINI: Julai 2022 Tarikh Sesuai Laksanakan PRU15


Penganalisis politik berpandangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sesuai diadakan Julai tahun ini.

Penganalisis Politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat sebagai momentum yang membolehkan PRU15 diadakan.

“PRN Johor adalah satu momentum, jika nak dibubarkan Parlimen mungkin dalam Julai tahun ini ke atas baru sesuai dan (seterusnya) diadakan PRU15.


“Untuk tiga bulan pertama ini, tidak sesuai untuk bubar Parlimen dan adakan pilihan raya berikutan situasi keselamatan kesihatan sekarang dan wabak Covid-19 yang masih lagi menular.

“PRN Johor hanya melibatkan pilihan raya setempat sedangkan PRU15 melibatkan seluruh negara.

“Prosedur operasi standard (SOP) perlu lebih diperkemas, jentera diperketat, dana dan modal semuanya perlu dipertimbangkan sebelum nak bubarkan Parlimen,” katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi Penganalisis Politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain turut bersetuju waktu paling cepat untuk mengadakan PRU15 adalah pada Julai ini.


Katanya, ini selaras dengan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai kerajaan dengan pihak pembangkang yang bakal tamat pada bulan itu.

Bagaimanapun, berdasarkan keputusan PRN Johor yang memihak kepada BN, beliau tidak menolak kemungkinan situasi yang sama akan berulang di peringkat Persekutuan sekiranya parti pembangkang masih lagi mengambil keputusan untuk bertanding secara solo.

“Jika ada pakatan yang dijalin antara parti pembangkang, misalnya Perikatan Nasional (PN) bersama Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) atau Pakatan Harapan (PH), ada kemungkinan kedudukan akan berubah, tidak sama seperti keputusan di beberapa siri PRN sebelum ini.

“Kalau keegoan masing-masing parti kekal untuk bergerak solo, saya yakin BN akan sekali lagi menguasai kerajaan Persekutuan,” jelas beliau.

Sumber | Mynetizen

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo