NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

22,709 mangsa banjir di Kelantan, Terengganu


KUALA LUMPUR: Seramai 22,709 mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu masih ditempatkan di 86 pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini.

Di TERENGGANU, setakat jam 8 malam seramai 14,753 mangsa membabitkan 3,829 keluarga masih berlindung di 65 PPS berbanding 16,183 mangsa membabitkan 4,223 keluarga pada jam 2 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri memaklumkan, Kemaman merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 6,885 orang diikuti Hulu Terengganu (4,560), Dungun (2,517), Kuala Nerus (386), Kuala Terengganu (398) dan Setiu (tujuh).

Pegawai Daerah Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab ketika dihubungi berkata, walaupun cuaca di daerah itu bertambah baik dan panas terik sepanjang hari ini, beberapa lokasi seperti Kampung Pulau Tempurung dan Bandar Baru Bukit Mentok masih mengalami banjir termenung.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan tiada sungai melepasi paras bahaya setakat ini.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 7,956 orang berbanding 8,806 orang pada tengah hari tadi, dengan semuanya ditempatkan di 21 PPS di Pasir Mas dan Tumpat.

JPS juga melaporkan semua sungai utama di negeri itu berada pada paras biasa. – BERNAMA



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo