NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

10 juta penduduk Ukraine jadi pelarian - PBB


ANKARA: Konflik Russia-Ukraine memaksa 10 juta penduduk meninggalkan kediaman mereka, menurut ketua agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Perang di Ukraine sangat dahsyat sehingga 10 juta orang melarikan diri – sama ada berpindah di dalam negara, atau menjadi pelarian di luar negara," ciap Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi pelarian, Filippo Grandi di Twitter pada Ahad.

"Antara tanggungjawab pihak yang melancarkan perang, di mana sahaja di dunia, adalah penderitaan yang ditanggung orang awam kerana terpaksa meninggalkan rumah mereka," katanya.

Menurut data PBB, hampir 3.4 juta pelarian meninggalkan Ukraine sejak perang tercetus pada 24 Februari lalu, dengan lebih 2 juta diterima oleh negara jiran Poland, hampir 530,000 oleh Romania dan lebih 362,000 oleh Moldova, lapor Agensi Anadolu.

Kira-kira 6.5 juta dianggarkan menjadi pelarian domestik di negara itu.

Perang yang sudah meragut nyawa sekurang-kurangnya 847 orang awam dan menyebabkan kira-kira 1,400 cedera di Ukraine, kata PBB, sambil menegaskan bahawa angka sebenar mungkin lebih tinggi kerana keadaan di lapangan menyukarkan pengesahan. - AGENSI




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo