Mayat warga emas tersebut dijumpai kira-kira 200 meter daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang. |
KUALA LUMPUR: Bencana banjir yang melanda negeri Kelantan sejak Jumaat lalu, menyaksikan korbannya yang pertama iaitu seorang warga emas berusia 70 tahun.
Menurut laporan Bernama, mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Ishak ditemui lemas di Kampung Kuala Gris, Dabong di Kuala Krai, Kelantan pada jam 7.00 malam Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintenden Suzaimi Mohammad berkata, mayat warga emas berkenaan dijumpai kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Banjir di Kelantan bertambah buruk apabila seramai 7,253 mangsa dicatatkan sehingga jam 7.21 petang.
Memetik laporan Sinar Harian, ia melibatkan 2,368 keluarga yang ditempatkan di 64 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri terbabit.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan daerah Rantau Panjang, Kelantan lumpuh selepas keseluruhan kawasan itu telah ditenggelami air.
Pemerhatian wakil Astro AWANI di Kelantan, Muhafandi Muhammad mendapati lebih 3,000 orang mangsa di daerah itu telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Lebih membimbangkan, ada penduduk dikatakan masih terperangkap di kediaman mereka dan terpaksa berada di atas bumbung sementara menunggu pihak berkuasa menyelamatkan mereka.
Paras bacaan air Sungai Golok ketika ini mencapai 10.71 meter, hanya beberapa meter sahaja mencapai bacaan yang dicatatkan pada banjir besar tahun 2014.
Pemerhatian Astro AWANI turut mendapati beberapa laluan di daerah terbabit ditenggelami air sekali gus menyukarkan bantuan dihantar pihak berkuasa.
Sumber | Astro Awani
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment