PETUGAS kesihatan mengesahkan ujian saringan pantas HIV yang dilakukan ke atas pengunjung acara Hari Antarabangsa untuk Melawan HIV-AIDS di Caracas, Venezuela, semalam. – AFP |
WASHINGTON – Pasukan penyelidik Universiti Oxford mengumumkan penemuan varian lebih berbahaya virus kurang imun (HIV) yang menular di Belanda selama beberapa dekad.
Analisis pasukan saintis tersebut diterbitkan dalam jurnal Science kelmarin. Ia menunjukkan pesakit yang dijangkiti kuman dinamakan varian VB itu mempunyai 3.5 hingga 5.5 kali ganda lebih banyak virus di dalam darah berbanding mereka yang dijangkiti varian HIV lain.
Sistem imunisasi pesakit yang dijangkiti varian VB juga merosot dengan lebih cepat.
“Penemuan kami memberi penekanan kepada garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia supaya individu berisiko mendapat HIV mempunyai akses kepada ujian berkala untuk mendapatkan pengesanan awal dan disusuli rawatan segera,” kata pengarang bersama, Christophe Fraser yang juga saintis Oxford.
Menurutnya, penemuan varian baharu HIV itu juga perlu dianggap sebagai satu amaran.
“Kita tidak boleh terlalu yakin dengan menyatakan bahawa virus akan berevolusi menjadi kurang berbahaya,” kata Wymant sambil menambah, penemuan varian Delta membuktikan perkara tersebut.
Virus HIV yang menyebabkan penyakit sindrom kurang daya tahan penyakit telah menjejaskan 38 juta penduduk di seluruh dunia dan meragut sekitar 33 juta nyawa setakat ini. – AFP
Sumber | Kosmo!
No comments
Post a Comment