Pemain Manchester United, Bruno Fernandes (kiri) merasakan Rangnick membawa lebih identiti buat pasukan itu. - REUTERS |
MANCHESTER, United Kingdom: Bruno Fernandes berkata Manchester United memiliki "lebih identiti" di bawah kendalian pengurus sementara, Ralf Rangnick ketika mereka bersedia untuk peringkat kalah mati pertama Liga Juara-Juara dalam tempoh tiga tahun.
United akan berdepan Atletico Madrid pada kelompok 16 terakhir awal pagi esok dengan kedua-dua pasukan melalui musim mengecewakan menjelang pertemuan pertama di Wanda Metropolitano.
Jurulatih Atletico, Diego Simeone berkata Rangnick sudah menukar United menjadi pasukan yang kuat.
"Kami akan berdepan satu daripada pasukan terbaik di dunia," kata Simeone semalam. "Dalam 14 perlawanan terakhir, jika saya tidak silap mereka hanya kalah sekali."
Pemain tengah, Fernandes mengatakan bahawa kemenangan 4-2 Ahad lalu berdepan Leeds adalah bukti bahawa masalah di bilik persalinan di bawah Rangnick adalah tidak berasas.
"Saya melihat gol H (Harry Maguire) dan saya melihat Paul (Pogba) berlari di belakangnya, menggelonsor dengan lututnya, saya gembira dengannya," kata Fernandes.
Dan pemain berusia 27 tahun dari Portugal itu menambah: "Di kelab ini, saya tidak pernah dengar sesiapa merungut mengenai taktik dan saya harap tiada siapa melakukannya kerana ia tidak menghormati idea jurulatih kerana saya rasa pasukan beraksi baik sejak dia tiba.
"Saya rasa kami ada lebih banyak identiti sebagai sebuah pasukan." - AFP
Sumber | BH Online
No comments
Post a Comment