NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada sekatan untuk operasi bazar Ramadan tahun ini - Ismail Sabri

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media selepas menghadiri majlis Makan Tengah Hari Lou Sang Tahun Baharu Cina di Kuala Lumpur hari ini. - Foto NSTP/Fathil Asri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tiada sekatan akan dikenakan ke atas kegiatan ekonomi termasuk Bazar Ramadan pada tahun ini.

Bagaimanapun beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) bazar akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.

"Kita tidak akan tutup perniagaan, saya dah sebut raya ke, bulan puasa ke, pasar Ramadan ke, pasar malam ke, masih akan dibuka seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Makan Tengah Hari Lou Sang Tahun Baharu Cina Keluarga Malaysia, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan luahan peniaga Bazar Ramadan yang bimbang mereka tidak boleh berniaga akibat kes COVID-19 negara yang mengalami peningkatan mendadak, susulan penularan varian Omicron sejak lebih sebulan lalu.

Semalam, kes baharu COVID-19 mencatatkan 22,802 kes menjadikan kumulatif kes mencecah lebih 3 juta.

Minggu lalu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata penganjuran Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini dibenarkan, dan akan dilaksanakan seperti biasa SOP sedia ada.

Pada 2020, operasi Bazar Ramadan di seluruh negara adalah tidak dibenarkan bagi mengekang penularan COVID-19, manakala pada tahun lalu pula, operasi Bazar Ramadan di kawasan yang dikenakan Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), tidak dibenar beroperasi. – BERNAMA




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo