NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sepuluh sifat tercela

1- BANYAK MAKAN

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidak ada bekas yang paling buruk dipenuhi anak Adam berbanding perutnya, cukuplah baginya beberapa suapan kecil yang boleh menegakkan tulang subilnya ( bertenaga), atau paling tidak maka sepertiga untuk makananya, sepertiga untuk minumanya dan sepertiga lagi untuk nafasnya".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" Sesungghnya Syaitan itu berlari² didalam saluran anak Adam menerusi Saluran darah. Maka sempitkanlah laluan² Syaitan dengan berlapar dan dahaga".

2- BANYAK BERCAKAP ( Tentang Perkara yang Sia²)

Lidah antara angota yang lebih khusus dalam memberi kesan terhadap hati kerana, setiap kalimah ( perkataan) yang dituturkan oleh lidah menunjukan apa yang terdapat didalam hati. Sekiranya seseorang itu berbohong, maka percakapan itu adalah hasil dari gambaran yang dusta didalam hatinya dan menyebabian hatinya terpesong dari kebenaraan kerana berbohong. Sekiranya seseorang itu membicarakan tentang sesuatu yang melebihi daripada keperluannya maka hatinya akan menjadi hitam dan gelap sehingga kesannya akan mematikan hati.
Rasulullah SAW banyak memberikan peringatan tentang perihal lidah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Barang siapa yang dapat memberi jaminan kepadaku, keselamatan apa yang terdapat diantara kedua jambangnya iaitu (Lidah) dan antara kedua kakinya iaitu ( kemaluan) maka aku akan memberikan jaminan kepadanya untuk masuk Syurga.

Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai perkara yang banyak membuatkan orang dilempar kedalam Neraka. Baginda SAW menjawab yang bermaksud : " Dua angota iaitu mulut dan kemaluan".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Tidaklah manusia itu disungkurkan kedalam Neraka diatas muka dan hidung mereka melainkan hasil dari ucapan mereka".

Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud :

"Barang siapa yang diam (kurang bercakap perkara yang sia²) maka dia akan selamat".

Kesan dari banyak bercakap ( perkara yang sia²) akan lahirlah Penaykit Lidah antaranya adalah :

Dusta, Mengumpat, Suka Bantah membantah dan Berdebat (Al- Mira' wa Al- Mujadalah), Berlebihan dalam Bergurau dan Melampau dalam Pujian.

3. SIFAT MARAH

Menahan diri daripada marah berlebihan adalah termasuk dalam perkara penting dalam Agama.
"Sesiapa yang dihatinya dikuasai dengan perasaan marah, sesungghnya hatinya telah bersegera ke saluran Syaitan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Bukanlah orang yang kuat itu adalah orang yang hebat dalam berlawan. Sebaliknya orang yang kuat ialah orang yang mampu menahan dirinya ketika marah".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Marah itu dapat merosakan Iman sebagaimana cuka dapat merosakan Madu"

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Tidaklah seseorang itu marah melainkan hanya mendekatkan dirinya dengan Neraka Jahannam"

4. SIFAT HASAD

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Hasad itu akan memakan amalan kebaikan sebagaimana api memakan kayu² kering"

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

" Tiga perkara yang seseorang itu tdak dapat terlepas darinya iaitu berperasangka, ramalan dan hasad. Dan akau akan menceritakan kepada kamu jalan keluar daripadanya. Apabila kamu berperasangka maka janganlah kamu meyakinkannya adalah benar. Dan apabila kamu melihat tanda² ramalan yang buruk maka teruskanlah urusanmu. Dan sekiranya timbuk rasa hasad maka janganlah kamu mengikutinya".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

" Telah menular dalam kalangan kamu penyakit² umat terdahulu iaitu hasad dan benci. Dan kebencian adalah pemusnah kepada Agama".

5. SIFAT BAKHIL DAN MENCINTAI HARTA

Sifat kedekut termasuk diantara perkara besar yang membinasakan (Muhlikat)

Diantara Firman Allah SWT dalam Al -Quran menerangkan tentang Bakhil.

Firman Allah SWT dalam Surah Ali ~ Imran, Ayat ~ 180

ŁˆَŁ„َŲ§ ŁŠَŲ­ْŲ³َŲØَŁ†َّ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠْŁ†َ ŁŠَŲØْŲ®َŁ„ُŁˆْŁ†َ ŲØِŁ…َŲ§ٓ Ų§ٰŲŖٰŁ‰Ł‡ُŁ…ُ Ų§Ł„Ł„ّٰŁ‡ُ Ł…ِŁ†ْ ŁَŲ¶ْŁ„ِŁ‡ٖ Ł‡ُŁˆَ Ų®َŁŠْŲ±ًŲ§ Ł„َّŁ‡ُŁ…ْ ۗ ŲØَŁ„ْ Ł‡ُŁˆَ Ų“َŲ±ٌّ Ł„َّŁ‡ُŁ…ْ ۗ Ų³َŁŠُŲ·َŁˆَّŁ‚ُŁˆْŁ†َ Ł…َŲ§ ŲØَŲ®ِŁ„ُŁˆْŲ§ ŲØِŁ‡ٖ ŁŠَŁˆْŁ…َ Ų§Ł„ْŁ‚ِŁŠٰŁ…َŲ©ِ ۗ ŁˆَŁ„ِŁ„ّٰŁ‡ِ Ł…ِŁŠْŲ±َŲ§Ų«ُ Ų§Ł„Ų³َّŁ…ٰŁˆٰŲŖِ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ§َŲ±ْŲ¶ِۗ ŁˆَŲ§Ł„Ł„ّٰŁ‡ُ ŲØِŁ…َŲ§ ŲŖَŲ¹ْŁ…َŁ„ُŁˆْŁ†َ Ų®َŲØِŁŠْŲ±ٌ

Maksudnya :
Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan."

Firman Allah SWT dalam Surah An- Nisaa Ayat ~37

Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠْŁ†َ ŁŠَŲØْŲ®َŁ„ُŁˆْŁ†َ ŁˆَŁŠَŲ£ْŁ…ُŲ±ُŁˆْŁ†َ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³َ ŲØِŲ§Ł„ْŲØُŲ®ْŁ„ِ ŁˆَŁŠَŁƒْŲŖُŁ…ُŁˆْŁ†َ Ł…َŲ¢ Ų§ٰŲŖٰŁ‰Ł‡ُŁ…ُ Ų§Ł„Ł„ّٰŁ‡ُ Ł…ِŁ†ْ ŁَŲ¶ْŁ„ِŁ‡ٖۗ ŁˆَŲ§َŲ¹ْŲŖَŲÆْŁ†َŲ§ Ł„ِŁ„ْŁƒٰŁِŲ±ِŁŠْŁ†َ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØًŲ§ Ł…ُّŁ‡ِŁŠْŁ†ًŲ§ۚ

Maksudnya :
Iaitu orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil serta menyembunyikan apa-apa jua yang Allah berikan kepada mereka dari limpah kurnianya. Dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina;

Diantara Sabda Rasulullah SAW mengenai Bakhil

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

"Jauhilah diri kamu daripada Bakhil. Sesungghnya sifat Bakhil itu telah membinasakan umat yang terdahulu"

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

" Sifat pemurah itu adalah suatu pohon yang tumbuh didalam Syurga, maka hanya golongan yang pemurah yang akan masuk kedalam Syurga. Manakala sifat Bakhil itu adalah pohon yang tumbuh didalam Neraka, maka golongan yang Bakhil itu pasti akan memasuki Neraka".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Terdapat tiga perkara yang membinasakan ; Bakhil yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti serta rasa berbangga terhadap diri sendiri".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Seburuk² sifat yang terdapat pada diri seseorang ialah Bakhil lagi tamak haloba dan penakut lagi tidak malu mengikut hawa nafsu".
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Sesungghnya Allah SWT benci terhadap orang yang Bakhil ketika hidupnya dan orang yang pemurah ketika hampir kematiannya".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Orang yang pemurah yang melakukan dosa lebih dicintai Allah berbanding dengan ahli Ibadah yang Bakhil".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

" Tidak akan terhimpun dua sifat dalam diri seseorang mukmin iaitu Bakhil dan Akhlak yang Buruk".

6. SIFAT CINTAKAN KEDUDUKAN DAN KEMEGAHAN

Ketahuilah bahawa hakikat kemegahan adalah apabila seseorang itu mampu mampu menguasai hati orang lain agar tunduk dan patuh kepadanya dan sesuai dengan keinginannya. Mereka mengucpkan kata² puji- pujian kepadanya hingga rasa takbur dan riak dan sehinggakan segala keinginannya dipenuhi.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Qasas, Ayat ~ 83

ŲŖِŁ„ْŁƒَ Ų§Ł„ŲÆَّŲ§Ų±ُ Ų§Ł„ْŲ§ٰŲ®ِŲ±َŲ©ُ Ł†َŲ¬ْŲ¹َŁ„ُŁ‡َŲ§ Ł„ِŁ„َّŲ°ِŁŠْŁ†َ Ł„َŲ§ ŁŠُŲ±ِŁŠْŲÆُŁˆْŁ†َ Ų¹ُŁ„ُŁˆًّŲ§ ŁِŁ‰ Ų§Ł„ْŲ§َŲ±ْŲ¶ِ ŁˆَŁ„َŲ§ ŁَŲ³َŲ§ŲÆًŲ§ ۗŁˆَŲ§Ł„ْŲ¹َŲ§Ł‚ِŲØَŲ©ُ Ł„ِŁ„ْŁ…ُŲŖَّŁ‚ِŁŠْŁ†َ

Maksudnya : 
Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Diantara sabdaan Rasulullah SAW mengenai perkara ini

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Cintakan harta dan kemegahan itu dapat menumbuhkan sifat munafik didalam hati, seperti air yang menumbuhkan sayur- sayuran".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Dua ekor serigala buas yang dilepaskan didalam kandang kambing, tidaklah menimbulkan kerosakan yang lebih besar daripada cinta harta dan kedudukan terhadap Agama seseorang Muslim".

Baginda SAW juga bersabda dengan memuji sikap yang bersederhana:

"Ada ramai orang yang kusut masai, berdebu, berpakaian compang camping dan tidak diperhatikan oleh orang lain, tetapi jika dia bersumpah atas nama Allah SWT, nescaya Allah SWT akan memenuhi sumpahanya".

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:

"Sesungghnya para penghuni Syurga itu dikalangan orang² yang kusut masai, berdebu, berpakaian compang camping dan tidak diperhatikan oleh orang. Jika mereka meminta izin untuk bertemu para penguasa, pasti tidak akan mendapat keizinan. Jika mereka melamar wanita pasti lamaran mereka tertolak. Jika mereka bercakap, pasti tiada siapa yang mempedulikan kata² mereka. Namun apabila terdapat keperluan dikalangan mereka, akan bergemuruhlah didada mereka. Jika cahaya mereka dibahagikan kepada semua manusia pada hari kiamat, nescaya akan mencukupi semuanya".

7. SIFAT CINTAKAN DUNIA

Ketahuilah Dunia ini sebagai ladang Akhirat, bagi mereka yang mengenalinya dan benar² bertakwa kepada Allah SWT. Sebabnya dia tahu bahawa dunia adalah tempat persingahan sementara untuk menuju ke Alam Akhirat, dan Akhirat jualah alam yang kekal Abadi, Abadan Abada.

Firman Allah SWT dalam Surah Al- Kahfi, Ayat~ 7

Ų§ِŁ†َّŲ§ Ų¬َŲ¹َŁ„ْŁ†َŲ§ Ł…َŲ§ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„ْŲ§َŲ±ْŲ¶ِ Ų²ِŁŠْŁ†َŲ©ً Ł„َّŁ‡َŲ§ Ł„ِŁ†َŲØْŁ„ُŁˆَŁ‡ُŁ…ْ Ų§َŁŠُّŁ‡ُŁ…ْ Ų§َŲ­ْŲ³َŁ†ُ Ų¹َŁ…َŁ„ًŲ§

Maksudnya:
"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya".

Firman Allah SWT dalam Surah Ali~ Imran, Ayat ~14

Ų²ُŁŠِّŁ†َ Ł„ِŁ„Ł†َّŲ§Ų³ِ Ų­ُŲØُّ Ų§Ł„Ų“َّŁ‡َŁˆٰŲŖِ Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„Ł†ِّŲ³َŲ§ۤŲ”ِ ŁˆَŲ§Ł„ْŲØَŁ†ِŁŠْŁ†َ ŁˆَŲ§Ł„ْŁ‚َŁ†َŲ§Ų·ِŁŠْŲ±ِ Ų§Ł„ْŁ…ُŁ‚َŁ†ْŲ·َŲ±َŲ©ِ Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„Ų°َّŁ‡َŲØِ ŁˆَŲ§Ł„ْŁِŲ¶َّŲ©ِ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ®َŁŠْŁ„ِ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ³َŁˆَّŁ…َŲ©ِ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ§َŁ†ْŲ¹َŲ§Ł…ِ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ­َŲ±ْŲ«ِ ۗ Ų°ٰŁ„ِŁƒَ Ł…َŲŖَŲ§Ų¹ُ Ų§Ł„ْŲ­َŁŠٰŁˆŲ©ِ Ų§Ł„ŲÆُّŁ†ْŁŠَŲ§ ۗŁˆَŲ§Ł„Ł„ّٰŁ‡ُ Ų¹ِŁ†ْŲÆَŁ‡ٗ Ų­ُŲ³ْŁ†ُ Ų§Ł„ْŁ…َŲ§ٰŲØِ

Maksudnya:
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Firman Allah SWT dalam Surah An- Naazi'at, Ayat~ 40

ŁˆَŲ§َŁ…َّŲ§ Ł…َŁ†ْ Ų®َŲ§Łَ Ł…َŁ‚َŲ§Ł…َ Ų±َŲØِّŁ‡ٖ ŁˆَŁ†َŁ‡َŁ‰ Ų§Ł„Ł†َّŁْŲ³َ Ų¹َŁ†ِ Ų§Ł„ْŁ‡َŁˆٰŁ‰ۙ

Maksudnya:
"Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu,"

Allah SWT juga berfirman dalam Surah Al- Hadiid, Ayat~ 20

Ų§ِŲ¹ْŁ„َŁ…ُŁˆْٓŲ§ Ų§َŁ†َّŁ…َŲ§ Ų§Ł„ْŲ­َŁŠٰŁˆŲ©ُ Ų§Ł„ŲÆُّŁ†ْŁŠَŲ§ Ł„َŲ¹ِŲØٌ ŁˆَّŁ„َŁ‡ْŁˆٌ ŁˆَّŲ²ِŁŠْŁ†َŲ©ٌ ŁˆَّŲŖَŁَŲ§Ų®ُŲ±ٌۢ ŲØَŁŠْŁ†َŁƒُŁ…ْ ŁˆَŲŖَŁƒَŲ§Ų«ُŲ±ٌ Łِ Ų§Ł„ْŲ§َŁ…ْŁˆَŲ§Ł„ِ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ§َŁˆْŁ„َŲ§ŲÆِۗ ŁƒَŁ…َŲ«َŁ„ِ ŲŗَŁŠْŲ«ٍ Ų§َŲ¹ْŲ¬َŲØَ Ų§Ł„ْŁƒُŁَّŲ§Ų±َ Ł†َŲØَŲ§ŲŖُŁ‡ٗ Ų«ُŁ…َّ ŁŠَŁ‡ِŁŠْŲ¬ُ ŁَŲŖَŲ±ٰŁ‰Ł‡ُ Ł…ُŲµْŁَŲ±ًّŲ§ Ų«ُŁ…َّ ŁŠَŁƒُŁˆْŁ†ُ Ų­ُŲ·َŲ§Ł…ًŲ§ۗ ŁˆَŁِŁ‰ Ų§Ł„ْŲ§ٰŲ®ِŲ±َŲ©ِ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØٌ Ų“َŲÆِŁŠْŲÆٌۙ ŁˆَّŁ…َŲŗْŁِŲ±َŲ©ٌ Ł…ِّŁ†َ Ų§Ł„Ł„ّٰŁ‡ِ ŁˆَŲ±ِŲ¶ْŁˆَŲ§Ł†ٌ ۗŁˆَŁ…َŲ§ Ų§Ł„ْŲ­َŁŠٰŁˆŲ©ُ Ų§Ł„ŲÆُّŁ†ْŁŠَŲ§ٓ Ų§ِŁ„َّŲ§ Ł…َŲŖَŲ§Ų¹ُ Ų§Ł„ْŲŗُŲ±ُŁˆْŲ±ِ

Maksudnya:
"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya".

Ketahuilah bahawa sifat² sombong, dengki, iri hati, riak, kemunafikan, berbangga- bangga, berlebih- lebihan, cinta dunia dan suka akan pujian adalah perosak batin. Adapun kebendaan itu dunia Zahir..

8. SIFAT SOMBONG

Kesombongan adalah melihat diri sendiri lebih tinggi dari daripada orang lain dalam sifat² kesempurnaan. Maka akan munculah dalam hati sifat bangga diri dan bongkak.

Firman Allah SWT dalam Surah Al- Ghafir Ayat~35

Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠْŁ†َ ŁŠُŲ¬َŲ§ŲÆِŁ„ُŁˆْŁ†َ ŁِŁŠْٓ Ų§ٰŁŠٰŲŖِ Ų§Ł„Ł„ّٰŁ‡ِ ŲØِŲŗَŁŠْŲ±ِ Ų³ُŁ„ْŲ·ٰŁ†ٍ Ų§َŲŖٰŁ‰Ł‡ُŁ…ْۗ ŁƒَŲØُŲ±َ Ł…َŁ‚ْŲŖًŲ§ Ų¹ِŁ†ْŲÆَ Ų§Ł„Ł„ّٰŁ‡ِ ŁˆَŲ¹ِŁ†ْŲÆ
Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠْŁ†َ Ų§ٰŁ…َŁ†ُŁˆْŲ§ ۗ ŁƒَŲ°ٰŁ„ِŁƒَ ŁŠَŲ·ْŲØَŲ¹ُ Ų§Ł„Ł„ّٰŁ‡ُ Ų¹َŁ„ٰŁ‰ ŁƒُŁ„ِّ Ł‚َŁ„ْŲØِ Ł…ُŲŖَŁƒَŲØِّŲ±ٍ Ų¬َŲØَّŲ§Ų±ٍ

Maksudnya:

"(Iaitu) orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah dengan tidak ada sebarang bukti yang sampai kepada mereka (dari pihak yang diakui benarnya). (Bantahan yang demikian) besar kebenciannya dan kemurkaannya di sisi hukum Allah dan di sisi bawaan orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah meteraikan atas hati tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi bermaharajalela pencerobohannya!"

Firman Allah SWT dalam Surah Al- Ghafir, Ayat~76

Ų§ُŲÆْŲ®ُŁ„ُŁˆْٓŲ§ Ų§َŲØْŁˆَŲ§ŲØَ Ų¬َŁ‡َŁ†َّŁ…َ Ų®ٰŁ„ِŲÆِŁŠْŁ†َ ŁِŁŠْŁ‡َŲ§ ۚŁَŲØِŲ¦ْŲ³َ Ł…َŲ«ْŁˆَŁ‰ Ų§Ł„ْŁ…ُŲŖَŁƒَŲØِّŲ±ِŁŠْŁ†َ
Maksudnya:
"Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam kekalah kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam".

Diantara Sabdaan Rasulullah SAW mengenai sifat Sombong:

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" Tidak akan masuk Syurga orang yang didalam hatinya ada kesombongan walaupun sebesar Zarah".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" Orang² yang angkuh dan sombong pada hari kiamat akan dibawa dalam bentuk debu yang berterbangan. Manusia akan menginjak mereka kerana menghina Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda mengenai keutamaan rendah hati yang bermaksud :

"Allah SWT akan menambah kemuliaan seorang hamba kerana memaafkan (kesalahan orang lain). Dan tidak berkurangan harta dengan bersedekah.Dan tiadalah sikap rendah diri seseorang melainkan Allah SWT meninggikan darjatnya.

9. SIFAT BANGGA DIRI (UJUB)

Ujub adalah pengagungan atau keakuan terhadap diri sendiri, khususnya berupa kenikmatan dan kepecayaan kepadanya sehingga lupa kepada Allah SWT yang memberikan segala nikmat yang dipinjamkan keatasnya. Melihat dirinya sendiri bahawa dia memiliki hak dan kedudukan disisi Allah SWT dan menjadikan dirinya seorang yang angkuh.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Kahfi, Ayat ~104

Ų§َŁ„َّŲ°ِŁŠْŁ†َ Ų¶َŁ„َّ Ų³َŲ¹ْŁŠُŁ‡ُŁ…ْ ŁِŁ‰ Ų§Ł„ْŲ­َŁŠٰŁˆŲ©ِ Ų§Ł„ŲÆُّŁ†ْŁŠَŲ§ ŁˆَŁ‡ُŁ…ْ ŁŠَŲ­ْŲ³َŲØُŁˆْŁ†َ Ų§َŁ†َّŁ‡ُŁ…ْ ŁŠُŲ­ْŲ³ِŁ†ُŁˆْŁ†َ ŲµُŁ†ْŲ¹ًŲ§
Maksudnya :
"(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

Firman Allah SWT dalam Surah An- Najm, Ayat~ 32

Ų§َŁ„َّŲ°ِŁŠْŁ†َ ŁŠَŲ¬ْŲŖَŁ†ِŲØُŁˆْŁ†َ ŁƒَŲØٰۤŁ‰ِٕŲ±َ Ų§Ł„ْŲ§ِŲ«ْŁ…ِ ŁˆَŲ§Ł„ْŁَŁˆَŲ§Ų­ِŲ“َ Ų§ِŁ„َّŲ§ Ų§Ł„Ł„َّŁ…َŁ…َۙ Ų§ِŁ†َّ Ų±َŲØَّŁƒَ ŁˆَŲ§Ų³ِŲ¹ُ Ų§Ł„ْŁ…َŲŗْŁِŲ±َŲ©ِۗ Ł‡ُŁˆَ Ų§َŲ¹ْŁ„َŁ…ُ ŲØِŁƒُŁ…ْ Ų§ِŲ°ْ Ų§َŁ†ْŲ“َŲ§َŁƒُŁ…ْ Ł…ِّŁ†َ Ų§Ł„ْŲ§َŲ±ْŲ¶ِ ŁˆَŲ§ِŲ°ْ Ų§َŁ†ْŲŖُŁ…ْ Ų§َŲ¬ِŁ†َّŲ©ٌ ŁِŁŠْ ŲØُŲ·ُŁˆْŁ†ِ Ų§ُŁ…َّŁ‡ٰŲŖِŁƒُŁ…ْۗ ŁَŁ„َŲ§ ŲŖُŲ²َŁƒُّŁˆْٓŲ§ Ų§َŁ†ْŁُŲ³َŁƒُŁ…ْۗ Ł‡ُŁˆَ Ų§َŲ¹ْŁ„َŁ…ُ ŲØِŁ…َŁ†ِ Ų§ŲŖَّŁ‚ٰŁ‰

Maksudnya:
"(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa".

10. SIFAT RIAK

Riak adalah mencari kedudukan dihati orang lain melalui Ibadah dan amal² yang baik. Riak termasuk dalam golongan dosa² besar.

Contohnya : Riak dengan Amal Perbuatan.
Setiap Perbuatan hanyalah semata² untuk mendapatkan perhatian dari orang yang lain. Contohnya dalam Solat, bersedekah, puasa, menunaikan haji dan sebagainya. Padahal Allah SWT amat mengetahui bahawa apa yang ada didalam batinnya, apa yang dikerjakkannya bukanlah semata² kerana inginkan keredhaan Allah SWT, tetapi disebaliknya.

Firman Allah SWT dalam Surah Al- Maa'uun, Ayat 4~6

ŁَŁˆَŁŠْŁ„ٌ Ł„ِّŁ„ْŁ…ُŲµَŁ„ِّŁŠْŁ†َۙ
Maksudnya:
"(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan Agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang"

Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠْŁ†َ Ł‡ُŁ…ْ Ų¹َŁ†ْ ŲµَŁ„َŲ§ŲŖِŁ‡ِŁ…ْ Ų³َŲ§Ł‡ُŁˆْŁ†َۙ
Maksudnya:
"(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;"

Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠْŁ†َ Ł‡ُŁ…ْ ŁŠُŲ±َŲ§ۤŲ”ُŁˆْŁ†َۙ
Maksudnya:
"(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Allah tidak akan menerima suatu amal yang di dalamnya mengandungi riak walaupun sebesar Zarah".

Ł†َŲ¹ُŁˆْŲ°ُŲØِŲ§Ł„Ł„Ł‡ِ Ł…ِŁ†ْ Ų°َŲ§Ł„ِŁƒَ

Semoga kita semua dijaukan dari Sifat² ini dan berdoalah kepada Allah SWT agar kita sentiasa ditetapkan Iman dan hati kita sentiasa berpegang teguh pada Agama Islam.

Wallahualam

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo