NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perancis gesa tentera Russia keluar dari Belarus

Gambar satelit jambatan sempadan Kamaryn Slavutych di atas Sungai Dnieper River di antara Ukraine dan Belarus diletupkan tentera Ukraine. - Foto AFP

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengesa rakan sejawat di Belarus, Alexander Lukashenko memastikan pengunduran tentera Russia dari negara itu.

Dalam kenyataan pada Sabtu, Macron meminta pemimpin Belarus pengunduran tentera Russia dari wilayah mereka secepat mungkin.

Presiden Perancis juga menggesa Belarus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa membenarkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Ukraine.

Macron sebelum ini berkata, dunia mesti bersedia menghadapi perang panjang di antara Russia dan Ukraine selepas Moscow melancarkan pencerobohan ke atas negara jirannya yang pro-Barat, Khamis lalu.

Kira-kira 100,000 pelarian Ukraine kini menyeberangi sempadan ke Poland sejak pencerobohan Russia minggu ini. - AFP




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo