NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MUDA-PKR jangan jadi seperti BN-PN

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

JOHOR BAHRU Pertembungan kerusi antara Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan PKR diharap berupaya dirungkai menerusi meja rundingan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, ketika menyuarakan gesaan sedemikian berkata, Pakatan Harapan (PH) tidak mahu berdepan sebarang pertembungan calon di mana-mana kerusi, membabitkan sama ada parti komponen atau rakan sekutu.

"Jalan terbaik ialah membawa sebarang isu pertindihan kerusi untuk dibincangkan secara lanjut bagi mencapai kata sepakat.

"Itu yang kita harap dapat bincang lebih lanjut supaya dapat elak pertembungan. Saya harap kedua-dua belah pihak boleh duduk semeja dan bincang.

"Ini hanya mengenai satu kerusi. Kita lihat macam mana nak capai satu kata sepakat. Saya masih optimis kalau boleh cuba capai kata sepakat.

"Kita tak nak jadi macam PN (Perikatan Nasional) dan BN (Barisan Nasional)," katanya ketika ditemui media selepas pengumuman calon DAP bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 Johor, di Senai, hari ini.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin bakal menyaksikan pertembungan antara PKR dan MUDA, menjelang hari pengundian PRN Johor, 12 Mac depan.

Ia susulan pengumuman Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini yang mempertaruhkan Ketua Penerangannya, Rasid Abu Bakar, untuk berdepan sekurang-kurangnya saingan empat penjuru, termasuk Bendahari Cabang PKR Pasir Gudang, Dr Zamil Najwah Arbain.

Ditanya corak penyelesaian terbaik, Guan Eng berkata, ia wajar diputuskan secara bersama antara MUDA dan PKR.

"Saya tak mahu bagi formulalah sebab ini antara kedua-dua pihak tapi itu harapan kita.

"Kita lihat Syed Saddiq tak bertanding, kita harap dia boleh bertandinglah tapi terpulang pada kepemimpinan MUDA.

"Sebab seorang pemimpin harus memimpin usaha untuk bukan saja menang pilihan raya dan hati rakyat, tetapi juga memimpin agenda yang dibawa. Justeru, kita mesti memimpin dari depan, bukan dari belakang," katanya.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo