Kementerian Komunikasi dan Multimedia, kini meminta syarikat telekomunikasi agar melabur dan menaik-taraf liputan serta perkhidmatan telekomunikasi di seluruh negara, supaya menjadi lebih berkualiti.
Pada hari ini, liputan telekomunikasi dikatakan mencapai 98%, tetapi masih terdapat pengguna yang mengalami masalah liputan yang teruk, tidak stabil, dan kadang-kala tiada akses rangkaian.
KKMM mengatakan syarikat telekomunikasi perlu lebih serius berkaitan perkara ini untuk kepentingan pengguna, dan pada masa yang sama bersikap adil kepada pengguna.
SKMM juga diminta untuk melakukan audit, semakan prestasi perkhidmatan telekounikasi, kerana undang-undang membolehkan kerajaan mengeluarkan denda, dan kompaun terhadap syarikat yang tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.
Sumber | Amanz
No comments
Post a Comment