NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Di Serang Penggodam Keatas Pembekal Komponen, Toyota Akan Menutup Semua Kilang Di Jepun



Isu serangan penggodam dilihat semakin serius kebelakangan ini, dimana pelbagai institusi dalam pelbagai sektor rata-ratanya mengalami kerugian berjuta dolar kerana kekangan kepada operasi harian mereka.

Terkini, jenama pembuat kenderaan terkemuka Toyota baru sahaja mengeluarkan kenyataan bahawa mereka dipaksa menutup semua kilang mereka di Jepun susulan serangan penggodam keatas pembekal komponen mereka.

Toyota dilihat masih lagi mencari sumber serangan godaman ini, dan pembekal yang diserang tersebut juga merupakan syarikat yang bertanggungjawab untuk sistem rantaian bekalan komponen mereka untuk keseluruhan kilang-kilang mereka di negara tersebut.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi untuk berapa lamakah penutupan kilang ini akan berlaku. Jurucakap Toyota mengatakan bahawa ia akan ditutup untuk sekurang-kurangnya sehari (1 Mac) untuk menilai tahap serius serangan godaman ini, dan jika ia boleh diperbaiki, ia akan dibuka pada hari seterusnya, jika tidak, ia mungkin akan mengambil masa lebih lama untuk memastikan bahawa kilang-kilang mereka tidak terkesan dengan serangan siber di masa akan datang.

Sumber: Nikkei Asia | Amanz



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo