NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Covid 19: Malaysia catat 13 kematian baharu semalam

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 13 lagi angka korban akibat COVID-19 semalam, termasuk empat kematian di luar hospital (BID).

Data dari laman sesawang COVIDNOW menunjukkan, jumlah itu menyumbang kepada 31,978 korban COVID-19 di negara ini setakat tengah malam tadi dengan 6,446 daripadanya adalah kes BID.

Johor dan Kelantan masing-masing merekodkan tiga kematian diikuti dua kes di Sabah, manakala Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Terengganu masing-masing dengan satu kes.

Setakat tengah malam tadi, sebanyak 54,780 kes aktif dilaporkan membabitkan 46,646 kes yang menjalani kuarantin di rumah, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (4,365 kes) serta seramai 3,655 pesakit menjalani rawatan di hospital.

Sebanyak 95,857 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam, membabitkan 93,365 dos penggalak, satu dos (955) dan dos lengkap (1,537).

Sehingga semalam, sebanyak 88.6 peratus daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun sudah menerima vaksinasi lengkap, manakala populasi dewasa pada paras 97.9 peratus.

Sementara itu, COVIDNOW turut melaporkan perincian kadar penggunaan sistem kesihatan awam, termasuk bagi kes bukan COVID-19.

Bagi kapasiti katil hospital di seluruh negara, sebanyak 62.3 peratus digunakan dengan 37.6 peratus menempatkan pesakit COVID-19.

Selain itu, turut dilaporkan sebanyak 32.4 peratus pesakit yang dirawat di hospital, termasuk bukan kes COVID-19 menggunakan alat bantuan pernafasan.

Penggunaan unit rawatan rapi (ICU) ketika ini mencatatkan kadar 51.1 peratus dengan 13.4 peratus membabitkan pesakit COVID-19.

Sumber | BH Online






............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo