NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Calon DUN Bukit Batu positif COVID-19

(Hujung kiri)Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern.

JOHOR BAHRU: Baru dua hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berlangsung, sudah ada calon dijangkiti COVID-19 selepas calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern, disahkan positif jangkitan.

Calon mewakili PKR itu menerusi kenyataan media berkata, beliau disahkan positif selepas menjalani Ujian Pantas (RTK) Antigen COVID-19.

Sehubungan itu, beliau terpaksa membatalkan segala program yang diaturkan sebelum itu.

Katanya, dia akan menjalani kuarantin kendiri mengikut protokol kesihatan yang digariskan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Dengan berat hati, saya disahkan positif COVID-19 setelah menjalani RTK.

"Memang menjadi amalan saya untuk lakukan ujian kendiri harian sebelum memulakan program demi keselamatan semua," katanya.

Arthur berkata, pasukan kempennya akan meneruskan kesemua aktiviti yang seperti dirancang demi warga DUN Bukit Batu.

"Saya tetap akan berkempen secara maya iaitu dalam talian dan digital, termasuk menerusi laman sosial Facebook (FB) mahupun WhatsApp.

"Mohon jika ada yang bertemu dengan saya secara fizikal dalam beberapa hari yang lalu supaya turut menjalankan ujian pengesanan dan pengesahan COVID-19.

"Saya akan menjalani kuarantin kendiri dan sama-samalah kita berdoa agar kesemua mereka yang sedang mengalami COVID-19 diberikan kesembuhan segera serta kekuatan buat petugas barisan hadapan KKM yang terus menanggung bebanan dalam menguruskan wabak ini," katanya.

Persaingan empat penjuru di DUN berkenaan membabitkan Lee Ming Wen dari Parti Warisan Sabah (WARISAN), Tan Heng Choon (Perikatan Nasional) dan S Suppayah dari Barisan Nasional (BN).

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo