Ramai orang yang menggemari makan shusi. Ia adalah makanan jepun yang dibuat dari pulut bersama makanan laut, daging atau sayuran mentah. Ia mempunyai rasa sedikit asam kerana dicampur dengan cuka beras.
Terdapat satu kes yang diterbitkan dalam Jurnal Kes Perubatan British, seorang lelaki Portugal berusia 32 tahun mengalami telur parasit di lapisan ususnya. Ini menyebabkan beliau mengalami sakit perut, muntah, dan demam selama seminggu. Doktor mengesyaki bahawa dia mungkin mengalami anisakiasis setelah mengakui meminati makan sushi.
Anisakiasis ialah satu penyakit parasit yang disebabkan oleh cacing yang boleh menyerang dinding perut atau usus manusia. Ia berlaku memakan ikan yang tidak dimasak mengandungi telur cacing.
Jadi berhati-hati ketika memakan sushi. Pastikan ia didapati dari restoren yang terkenal dengan tahap kebersihannya.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
HP 0197022391
Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.
https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad
No comments
Post a Comment