Ł¢. Berbicara ketika perlu.
Ł£. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .
Ł¤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.
Ł„. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab Ų§ŁŁŁ swt).
Ł¦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.
Ł§. Berfikir terus-menerus.
ŁØ. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
Ł©. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.
Ł”Ł . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
Ł”Ł” . Marah bukan kerana nafsu.
Ł”Ł¢ . Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.
Ł”Ł£ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.
Ł”Ł¤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.
Ł”Ł„ . Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.
Ł”Ł¦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.
Ł”Ł§ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada.
Ł”ŁØ . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan Ų§ŁŁŁ swt.
Ł”Ł© . Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.
Ł¢Ł . Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.
Ł¢Ł” . Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.
Ł¢Ł¢ . Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.
Ł¢Ł£ . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.
Ł¢Ł¤ . Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yang tidak diperlukan.
Ł¢Ł„ . Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.
Ł¢Ł¦ . Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.
Ł¢Ł§ . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.
Ł¢ŁØ . Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.
Ł¢Ł© . Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.
Ł£Ł . Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
Ł£Ł” . Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan di kalangan mereka.
Ł£Ł¢ . Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.
Ł£Ł£ . Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.
Ł£Ł¤ . Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.
Ł£Ł„ . Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.
Ł£Ł¦ . Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan orang asing.
Ł£Ł§ . Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu atau pun berdiri.
Ł£ŁØ . Paling berlapang dada.
Ł£Ł© . Paling tepat dalam berbicara.
Ł¤Ł . Paling halus keperibadiannya.
Ł¤Ł” . Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.
(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)
Perbanyakkan Sholawat pada Nabi.
Ų§َŁŁَّŁُŁ
َّ ŲµَŁِّ َŲ¹ŁŁ Ų³ŁŲÆŁŲ§ Ł
ُŲَŁ
َّŲÆٍ Łَ Ų¹َŁَŁ Ų¢ِŁ Ų³ŁŲÆŁŲ§ Ł
ُŲَŁ
َّŲÆ
No comments
Post a Comment