Elon Musk kini berkongsi mengatakan pada tahun ini, Tesla akan memfokuskan pembangunan robot berbentuk manusia mereka, iaitu Tesla Bot. Ia dijangka akan menjadi produk yang diberikan keutamaan, berbanding dengan kereta seperti Cybertruck dan lain-lain.
Tesla sebelum ini telah memperlihatkan Tesla Bot pada tahun lepas, dan menyasarkan pengenalan prototaip untuknya pada tahun 2022 ini.
Pada masa yang sama, Elon Musk mengatakan Tesla Bot mungkin berpotensi lebih tinggi berbanding perniagaan kenderaan mereka pada suatu masa kelak.
Perkongsian ini hadir selepas Elon Musk mengesahkan tiada Cybertruck pada tahun ini. Tesla Bot ini sendiri akan mengambil masa bertahun lagi sebelum ia dikomersilkan secara meluas, ataupun berjaya. Namun, ia dijangka akan dapat merevolusikan ekonomi dunia dengan melakukan tugasan rencah dan berulang yang dilakukan manusia.
Sumber | Amanz
No comments
Post a Comment