NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siri iPhone 14 Dijangka Hadir, Dengan Memori 6GB RAM


Apple iPhone 14 dijangka diperkenalkan pada September tahun ini, dan seperti biasa, sejumlah informasi awal berkaitan dengannya telah mula kedengaran.

Selain daripada menyertakan skrin 120Hz pada semua model iPhone 14 tahun ini, Apple turut diperkatakan akan menyertakan memori sebanyak 6GB RAM pada semua model iPhone 14 tahun ini.

Untuk makluman, model iPhone 13 Mini dan juga iPhone 13 masih kekal dengan memori 4GB RAM, dan ia dijangka akan berubah pada kemaskini iPhone 14 yang menyertakan sehingga 6GB RAM.

Disamping itu, Apple juga dikatakan akan menyertakan kamera utama 48-megapixel pada telefon keluaran tahun ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut penawaran iPhone 14 tahun ini oleh Apple.

--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo