NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pergolakan di Kazakhstan, Raakyat Malaysia dilaporkan selamat

Kenderaan dan bangunan kerajaan dibakar di bandar Almaty, hari ini. 


KUANTAN: Seramai 50 rakyat Malaysia di Kazakhstan, yang bergolak ekoran tunjuk perasaan membantah kenaikan harga bahan api, dilaporkan selamat.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata Wisma Putra memantau perkembangan di negara itu dan rakyat Malaysia diminta berhubung dengan kedutaan untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut.

"Kenyataan rasmi yang lebih terperinci tentang Kazakhstan akan dikeluarkan esok," katanya ketika ditanya mengenai status rakyat Malaysia di negara itu pada sidang media di hari ini.

Media melaporkan pergolakan berlaku di Kazakhstan selepas ribuan rakyat negara itu mengadakan tunjuk perasaan membantah kenaikan harga bahan api.

Menurut laporan, Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev mengisytiharkan darurat pada Rabu selepas tunjuk perasaan itu merebak ke seluruh negara.

Sementara itu, Saifuddin mengumumkan pelantikan ahli perniagaan Datuk Randy Yap Kim Heng sebagai Penasihat Khas beliau mengenai Asia Timur dan Pengurus Besar Yayasan FELDA, Datuk Mohd Banuri Aris sebagai Perunding Hal Ehwal Kebajikan Antarabangsa di Kementerian Luar.

Beliau berkata Kim Heng, yang juga Naib Presiden Parti Gerakan, dan Mohd Banuri memulakan tugas mereka sejak November lalu.

"Saya percaya untuk melaksanakan sesuatu yang baik, kita mesti ada kerjasama melibatkan kerajaan, swasta dan masyarakat sivil.

"Sebab itu saya lantik sebilangan individu bukan daripada sektor kerajaan sebagai penasihat kerana kita perlu input dari sektor lain.

"Mereka ini ada pengalaman dan kepakaran masing-masing di peringkat antarabangsa. Kedua-dua individu ini juga tidak mendapat sebarang gaji, elaun atau apa-apa imbuhan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, kira-kira 3,400 mangsa banjir di kawasan itu diberikan bantuan sewajarnya, termasuk makanan siap masak, makanan ringan dan barang elektrik, selain peruntukan membaiki kerosakan atap serta siling sekolah rosak akibat ribut. – BERNAMA




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo