Berita baik bagi mereka yang benci dengan gejala merokok di Malaysia. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengesahkan kerajaan ingin meluluskan RUU yang akan mengharamkan pembelian tembakau dan sebarang produk merokok bagi mereka yang lahir selepas tahun 2005.
Ini diumumkan oleh Khairy dalam kenyataan rasmi beliau kepada WHO ketika sesi pertemuan ke-150 mesyuarat lembaga eksekutif. Jika RUU ini berjaya diluluskan tahun hadapan, Malaysia akan mengikut langkah New Zealand yang mengharamkan pembelian produk tembakau kepada penduduk yang dilahirkan selepas tahun 2008 pada Disember tahun lalu.
Pengharaman penjualan tembakau dan produk merokok dilihat sebagai langkah drastik yang perlu diambil memandangkan ia menyumbang kepada pelbagai penyakit berbahaya yang kemudiannya membebankan sistem kesihatan negara.
Sumber @KKMPutrajaya | Amanz
............oo000oo...........
PENAFIAN
1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
No comments
Post a Comment